Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Friday 23 December 2011

HAKIKAT TAKABBUR DAN BAHAYANYA

salam ukhwah pembace sekalian..


kali ini , aku nk menulis tentang sifat takabbur dan bahayanye terhadap seseorang yg memilikinya...info2 ni aku dapat daripada sebuah buku yg aku bace...nak tau x kita ni ade sifat takbur atau x???..ha!!..teruskan membace yek.. 





sebenarnya takabbur terbahagi kepada 2 bahagian iaitu BATIN & ZAHIR..ape itu batin dan zahir yek??...BATIN bererti pekerti dalam diri manakala ZAHIR bermaksud kelakuan2 yg keluar dari anggota badan..              


sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : 


"Tidak dapat masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat seberat debu daripada sifat TAKABBUR " ( riwayat MUSLIM)


sebenarnya dari manakah timbul sifat takabbur & sombong???...asasnya adalah kerana adanya perasaan menganggap orang lain kecil ,menganggap orang lain kurang atau tidak berharga sama sekali jika dibandingkan dengan dirinya serta anggapan hina orang itu..sebaliknya dirinya sendiri dianggap amat MULIA , TERHORMAT , dan MELEBIHI orang lain dalam segala hal..


sabda Rasulullah S.A.W :


" Takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina makhluk ( riwayat Muslim ,Al-Baihaqi , Ahmad dan At -Tirmizi)


jelas lah bahawa setiap orang yang menghina saudaranya sesama Islam, mengejek , menganggap bahawa dirinya lebih baik berbanding orang lain , suka menolak kebenaran sedangkan dia telah mengetahui bahawa itulah yang benar , maka jelaslah orang tersebut dihinggapi penyakit KESOMBONGAN dan mengabaikan hak2 ALLAH..x mentaati apa yg diperintahkan oleh ALLAH dan melawan zat yang Maha Kuasa..ok..di sini mari kita lihat 2 BAHAYA org yg suka bersikap SOMBONG...


bahaya pertama adalah kesombongan  , kemegahan , kebanggaan dan berasa diri mulia daripada org lain sebenarnya tidak sesuai melainkan untuk Zat yg Maha Esa sahaja...iaitu ALLAH S.W.T yg Maha Berkuasa..
adapun manusia itu hanyalah sebagai HAMBA ALLAH yg amat lemah , yg tidak berkuasa melakukan apapun KECUALI dengan pertolongan daripada ALLAH..maka BAGAIMANAKAH dia dapat menyombongkan diri ???..PATUTKAH DIA BERASA DIRINYA AGUNG ???..dan LAYAKKAH dia menghina sesama hamba ALLAH???..


bahaya kedua ialah seseorang yg mendengar adanya kebenaran (hak) yg datang daripada sesiapa pon daripada kalangan hamba ALLAH , kemudian ENGGAN menerimanya..dia menunjukkan penderhakaan dan menolakya dgn acuh x acuh , maka org yg berbuat demikian x lain dan x bukan hanyalah kerana berasa dirinya tinggi dan agung..sedangkan org lain dianggapnya HINA dan KECIL sehingga dia enggan mengikuti kebenaran yg dibawanya itu..


firman ALLAH S.W.T :
maksudya : dan orang2 yang kafir berkata : " Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah ia      ( dengan nyanyian2 dan jeritan2 riuh rendah serta tepuk sorak ) supaya kamu berjaya ( mengganggu bacaan / menenggelamkan suara pembacanya )..


p/s : dapat disimpulkan di sini bahawa seseorang yg mendengar kebenaran dari sesuatu yg diucapkan oleh seseorang yg lain tetapi enggan untuk menerimanya atau membantah untuk memperoleh kemenangan dari pembantahan tersebut atau semata-mata dgn maksud hendak mendiamkan lawanya dalam pendebatan , bukan sekali-kali kerana ingin memperolehi KEBENARAN..sekalipun hujah itu dapat dikalahkan , maka org2 seperti di atas itu pun sama sahaja halnya dgn org yg membuat KESOMBONGAN..padahal dalam ayat di atas org2 yg berlagak sombong seperti itu termasuk golongan org KAFIR..termasuk golongan mereka juga seseorang yg mengingatkan ketinggian kedudukan dan pangkatnya sehingga enggan menerima peringatan dan nasihat daripada org yg dipandang rendah..


wallahu'alam....