Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Sunday 20 May 2012

PTPTN vs MAHASISWA

selamat datang kepada pembaca yang dikasihi sekalian.. :)

emm..entry kali ni..saya ingin berkongsi isu yang sering kali melibatkan mahasiswa seluruh negara..dan baru2 ini, isu ini telah pun dibangkitkan oleh "SEGELINTIR" mahasiswa..bukan semua yek..isu nya adalah tentang PTPTN.. 

pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak memihak kepada mana2 parti politik yang ada di Malaysia ini..hal ini kerana isu PTPTN ini telahpun dipolitikkan oleh segelintir masyarakat..dan akhirnya mencetuskan kebangkitan Mahasiswa di beberapa buah Universiti di negara ini..jadi disini, saya ingin meminta kepada pembaca memahami dengan MATA HATI akan satu artikel yang telahpun dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia(HTM) tentang isu PTPTN ini..saya hanya memetik beberapa petikan daripda artikel tersebut yang mana kita sebagai seorang mahasiswa dapat mengambil iktibar daripada nya .insyaALLAH..

" Jangan kita terpengaruh dengan tindakan segelintir bekas pelajar yang tercicir universiti yang pencapaian akademiknya tercorot, rendah disiplin dan tidak berminat belajar untuk melalak di jalanan. Mereka adalah bekas mahasiswa yang digantung atau dibuang dari pengajian. Mereka ini terpaksa menanggung hutang PTPTN. Kerana tidak mampu membayar, mereka menghasut rakyat turun ke jalanan memperjuangkan penghapusan PTPTN supaya mereka tidak perlu membayar hutang-hutang mereka. Sungguh keji!

Apa akan jadi pada ekonomi negara jika semuanya percuma, redhakah pembayar cukai membiarkan wang mereka disia-siakan oleh mahasiswa2 pemalas ini? Ibu bapa mereka berdoa siang malam agar anak2 mereka berjaya, namun harapan mereka disia-siakan oleh anak2 derhaka ini. Bagaimanakah negara mahu melahirkan barisan mujahid berilmu jika ramai mahasiswa gagal akademik lantaran sibuk berdemonstrasi sedangkan mahasiswa KAFIR sibuk menelaah ilmu hingga cemerlang dan berjaya mendapat kerja, PTPTN mereka pun menjadi BIASISWA.!"

emm..pada pendapat saya..saya memang setuju dengan artikel ini..jika kita perhatikan, mahasiswa yang terlibat dengan demonstrasi ini kebanyakannya orang Melayu kita sendiri..maaf saya katakan..ini memang benar..mahasiswa yang bukan beragama Islam langsung tidak terpengaruh dan mungkin ada dalam kalangan mereka langsung tidak ambil tahu tentang isu ini..yang mereka tahu hanyalah belajar..belajar..dan belajar..malah pemberian PTPTN ini mereka jadikan satu pemangkin semangat supaya mereka dapat berjaya dalam pelajaran mereka..malahan memang sudah terbukti bahawa mereka inilah yang selalunya mendapat anugerah dekan di Universiti mereka..kemana hilangnya BANGSA MELAYU..

AYUHLAH MAHASISWA MELAYU yg cemerlang sekalian..marilah kita bangkit dan berjuang mempertahankan kedudukan Melayu di negara ini yang saya rasa makin hilang dek kerana dimonopoli oleh orang bukan Islam..jangan hanya provokasi oleh pihak tertentu terhadap sesuatu isu, kita sudah melenting dan terus membantah tanpa soal selidik terlebih dahulu..gunakan otak genius yang ALLAH SWT beri ini untuk memikirkan solusi yang lebih profesional dengan tidak menyusahkan mana2 pihak..

itu sahaja yang ingin saya kongsikan kepada pembaca2 sekalian..mohon maaf sekiranya terdapat mana2 pihak yang tersinggung dengan penulisan saya ini..ini hanyalah sekadar pandangan seorang manusia biasa sahaja..

teruskan membaca entry2 saya yang lain.. :)