Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Wednesday 17 July 2013

' MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT '

Salam RAMADHAN karim sahabat pembaca sekalian..

entry pada kali ini, saya ingin memberikan PENCERAHAN sedikit tentang slogan yang sering dilaungkan oleh sebuah NGO Islam di Malaysia iaitu IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)..untuk pengetahuan pembaca, saya merupakan salah seorang pelajar yang mendapat TARBIYAH dibawah ISMA..alhamdulillah, pejam celik,pejam celik, hampir 2 tahun saya bersama ISMA di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..mungkin org lain boleh kata, saya baru setahun jagung dalam TARBIYAH..yes,that's true, but i'm always keep in learning and understanding about tarbiyah especially about ISMA..jadi, sebelum saudara memberikan apa2 komen tentang slogan 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat', pliz n pliz...baca sampai habis tentang apa yg ingin saya perkatakan tentang slogan ini..keep in reading, you will see the truth before you judge it..

First of all, saya memohon kepada Allah SWT di dalam bulan Ramadhan ini supaya kita semua mendapat ganjaran berlipat kali ganda diatas segala amalan yg kita lakukan..moga2, kita menjadi INSAN yg BERTAQWA disisi Allah SWT, bukan hanya untuk mendapat pujian manusia yg hanya penuh dengan kemuslihatan itu..ins shaa Allah..

Sebelum saya pergi jauh, suka saya ingatkan diri saya dan teman2 tentang MATLAMAT ASASI seorang mukmin itu adalah untuk menegakkan SYARIAT Allah SWT di atas muka bumi ini..sebagai org Islam, kita wajib untuk meletakkan Agama Allah ini sebagai agama yg tertinggi dan tiada agama yg tertinggi melainkan agama Islam..

dan saya ingin mengingatkan juga, apabila seseorang itu mengeluarkan apa2 sahaja pandangan ataupun IJTIHAD, semestinya kita hendaklah menilai dan merenung perkara tersebut berdasarkan NERACA SYARA', ins shaa Allah, sesudah itu kita akan mendapat kebenarannya..saya yakin dan percaya, tidak ada seorang pun manusia di atas muka bumi ini percakapannya 100% BETUL, dan tidak ada juga manusia yg percakapannya 100% SALAH..tetapi melainkan percakapan dan kebenaran yg dibawa oleh JUNJUNGAN BESAR -RASULLULAH SAW- yg WAJIB diyakini oleh semua umat Islam.

DAN juga, seboleh-bolehnya, setiap pendapat/ijtihad yg kita nyatakan hendaklah meletakkan MIZANnya adalah AL-QURAN dan AS-SUNNAH..dimana kita meletakkan neraca penimbang bagi menentukan sesuatu itu betul ataupun salah beradasarkan 2 sumber utama tersebut selain daripada AL-IJMA' dan AL-QIAS..jadi DON'T simply kata sesuatu itu salah disebabkan oleh tidak ada seorang pun yg berkata sedemikian atau tak pernah dengar langsung pun..

ok..sekarang saya proceed to 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' (MSIB)..

apa tu 'MSIB' sebenarnya??

jwpn: MSIB adalah satu slogan yg memberi makna mendaulatkan kuasa Islam berasaskan mandat syara' melalui usaha MEMARTABATKAN bangsa MELAYU sebagai bangsa yg mempunyai AGENDA dan MEMIMPIN dengan membangunkan keperibadian dan kesepakatan yg melayakkan mereka menjadi sandaran, kekuatan (syaukah) untuk membina umat dalam konteks negara Malaysia..ok.ini core punya basic definition..

melalui slogan ini, matlamat MSIB adalah untuk mendaulatkan syara' yg mana merupakan RUJUKAN asasi seluruh umat ISLAM dengan menjadikan ORG MELAYU sebagai mainpower atau asas penegakkan syarak di Malaysia sebabnya majoriti org Islam di Malaysia adalah org melayu..mereka ini (org melayu Islam) mempunyai agenda Islam dan mampu memimpin mengikut syariat Allah..persoalannya..siapa org melayu yg dikatakan sebagai seorang yg mempunyai agenda Islam??..jwpnnya, org melayu yg mempunyai keperibadian berlandaskan syara' dan seorg MUSLIM yg berpegang teguh dengan ajaran ALLAH SWT seperti  yg diturunkan kpd Rasulullah SAW dan seterusya kpd kita sebagai umat Baginda SAW..inilah yg dikatakan JATI DIRI seorang MUSLIM yg perlu ada bagi setiap org Melayu Islam khususnya, dan seluruh umat Islam amnya..

Jadi, apakah yg DISERU oleh MSIB??

PERTAMA- Mengajak kpd umat Islam (melayu) kpd keperibadian Islam dari segi akidah, amalan, akhlak, kefahaman dan cara fikir yg dipandu oleh kefahaman SYARA'.

KEDUA- Mengajak agar org Melayu bangkit kembali dan berusaha menjadi umat yg KUAT dan mempunyai risalah (membawa risalah Islam).

KETIGA- Mengajak org Melayu untuk menolak segala bentuk AGENDA yg menghancurkan keperibadian dan jati diri mereka.

KEEMPAT- Menyeru umat Islam (melayu) agar sentiasa memahami dan menyedari bahawa TANGGUNGJAWAB untuk menegakkan Islam di Malaysia terletak di bahu mereka.

KELIMA- Menyeru umat Islam (melayu) agar dapat memahami dan menyedari krisis Wala' wal Bara' yg berlaku di Malaysia yg gagal untuk dibezakan dgn keadaan sebenar..(apa itu Wala' waL Bara', ins shaa Allah akan diceritakan di entry yg lain).

KEENAM- Menyeru umat Melayu agar berhati-hati dengan DAKYAH yg menjurus kpd menidakkan kedudukan melayu dalam struktur negara Malaysia (perlembagaan).

KETUJUH- Menyeru org Melayu agar bijak dalam memastikan bahawasanya percaturan kuasa di Malaysia merupakan dominannya di pegang oleh umat Islam.

jadi, apa yg dapat saya simpulkan kpd teman2 bahawa apa yg diperjuangkan oleh ISMA dalam slogan ini bukanlah sebagai perjuangan untuk org melayu semata-mata, malah lebih besar daripada itu adalah umat ISLAM di Malaysia..ada org kata ISMA sebagai NGO -RACIST- dan mempunyai semangat
-ASSOBIYAH-  dengan mengeluarkan slogan MSIB..

Hakikat yg teman2 perlu tahu adalah apa yg dikatakan ASSOBIYAH adalah dalam keadaan dimana sesuatu kaum itu menolong kaumnya dalam keadaan kaumnya zalim (atau melakukan kezaliman)..setakat dalam tarbiyah ISMA, saya tidak nampak apa yg ISMA lakukan adalah sesuatu yg assobiyah, dan teman2 boleh lihat sendiri segala gerak kerja ISMA sama ada daripada pihak atasan mahupun bawahan..

apa yg ISMA cuba bawakan dalam slogan MSIB adalah suatu SEMANGAT untuk mengajak bangsa MELAYU untuk BERSAMA menegakkan syariat Allah di samping tidak meninggalkan kaum2 yg lain..sebab tu saya katakan awal2, sesuatu perkara itu perlu dilhat dengan mata hati berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah bukan sekadar TA'LIK (hentam seberono tanpa usul periksa)..terdapat beberapa nas2 dan dalil2 daripda Al-Quran dan hadis bagi menerangkan tentang apa yg diperjuangkan oleh ISMA..teman2 boleh lihat di media ISMA atau youtube tentang ulasan MSIB yg diterangkan oleh pimpinan2 ISMA..

saya tidak mahu menerangkan tentang nas2 dan dalil2 yg dikeluarkan oleh ISMA sebab saya bukan FAQIH dalam bidang2 tersebut..x pasal2 saya mendapat dosa atas penerangan yg salah..jadi rajin2kan diri selongkar sedalam-dalamnya apa yg cuba ISMA sampaikan dengan merujuk web rasmi ISMA ---> klik

Kepada teman2 yang masih TIDAK boleh terima dengan apa yg ISMA cuba lakukan untuk membangunkan umat Islam di Malaysia yg majoritinya org Melayu, saya nasihatkan agar kalian berhentilah untuk berkata tidak baik kepada ISMA..PERBEZAAN PENDAPAT semestinya ada, tetapi jgn lah kalian mengatakan semuanya salah..konsep TABAYYUN (check n balance) itu perlu ada..so, nk terima atau x tu depends on diri masing2..

akhir kata, saya ingin TEGASKAN bahawa slogan MSIB bukan untuk memperjuangkan Melayu semata-mata dan bukan pula untuk mentadbir negara mengikut citarasa MELAYU, tetapi kesepakatan umat Melayu menjadi CONTOH sebagai umat tunggak di Malaysia untuk menegakkan Islam dan menjadikan Syara' sebagai paksi dalam pemerintahan tanpa mengabaikan kaum2 yg lain..SEMESTINYA perlu diketahui, bahawa tidak ada dalam sejarah Islam org bukan Islam ditindas di bawah pemerintahan Islam..itu kita mesti perakui..

segala pencerahan yg cuba saya sampaikan ini adalah hasil penerangan daripada pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Dr. Haji Aznan bin Hassan berkenaan MSIB..

ok..setakat itu saja yg saya dapt sampaikan..bagi teman2 yg nakkan Tarbiyah daripda ISMA, saya amat alu-alukan..dan tiada sekatan kepada teman2 yg tidak mahu bersama ISMA melainkan rakan2 sudah faham dan kaji apa yg diperjuangkan oleh ISMA..salam Ramadhan..sama2 tingkatkan amal ibadah..
ins shaa Allah..wallahu'alam


Sunday 14 July 2013

UMMATI...UMMATI...UMMATI !!!!




Ukwah fillah pembaca yg saya kasihi..sudah lama tak update BLOG MINDA REMAJA KINI..alhamdulillah, di bulan RAMADAHAN yg penuh barakah ini, ALLAH beri kesempatan NYAWA dan WAKTU untuk saya share kepada teman2 perkongsian daripada CIKGU saya..kisah berkenaan KEKASIH AGUNG , NABI MUHAMMAD SAW..sama2  kita ambil iktibar dan manfaat..ins shaa Allah...




Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. 


Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. 



Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.


'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.