Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Thursday 17 May 2012

KAWAN VS SAHABAT

salam ukhwah pembaca sekalian...

entry kali ini saya ingin memberikan sedikit pendapat tentang perbezaan antara perkataan SAHABAT dan juga KAWAN..emm..agak2 nye la..ape yg bezanya yek..ini adalah pendapat sendiri..yg pakar2 dalam bidang bahasa..saya mntak maaf awal2..ini adalah tafsiran dan kajian sendiri..huhu..teruskan mmbaca..:)

Alhamdulillah..ALLAH SWT masih mminjamkan lagi kpd kita nyawa dan plbagai lagi nikmat..BESYUKURLAH rakan2 sekalian bcoz sekiranya ALLAH SWT menyuruh hamba-hambanya membayar balik pemberiaan kurniaannya..mmg x terbayar oleh kita..oleh itu..saya mngajak para pmbace sekalian untuk berfikir sejenak..x lama hanya 2 atau 3 minit sahaja..fikirkan tentang segala nikmat yg telah kita dapat..sama ada nikmat tersebut kita dapat secara kita sedar ataupon x sedar..MASYAALLAH..mmg tidak terhitung oleh kita kan..so, bersyukurlah wahai sahabat2 ku sekalian..hidup ini tidak lama..hanya sementara sahaja..perbanyakkan lah ibdah kpd ALLAH SWT  dan sama2 lah kita mncari keredhaan ALLAH..insyaALLAH..

emm..agak2 nye la kan..perbezaan antara perkataan SAHABAT dan juga KAWAN mungkin berbeza dari segi perkataan je kot...ini adalah pendapat bagi mereka yg hanya melihat perkataan tersebut melalui mata sahaja tanpa mendalami maksud disebalik perkataan tersebut itu sendiri..

bagi saya..SAHABAT dan juga KAWAN mmpunyai maksud nya yg tersendiri..kalau kita bercakap tentang kawan, mungkin ramai akan ckp bahawa  'saya mmpunyai ramai kawan'..akan tetapi..brapa ramai yg akan cakap..'saya mempunyai ramai sahabat..mesti anda terasa kn perbezaan di antara dua perkataan tersebut..
jadi, bagi pendapat saya..ramai dlam kalangan kita yg mmpunyai ramai KAWAN..akan tetapi tidak ramai yg mempunya ramai sahabat..kenapa agaknya ya???..

perkataan KAWAN hanyalah istilah biasa yg sering kita gunakan iaitu untuk menunjukkan bahawa org tersebut adalah kawan kita ataupon sebagainya..TETAPI..perkataan SAHABAT pula berbeza kerana sahabat hanya boleh digunakan kpd seseorg yg amat2 memahami dan menolong kita tidak kiralah samada kita dalam keadaan senang mahupun susah..bagi kawan pula..mereka hanya tempat mengisi kekosongan hidup kita dan mereka akan pergi begitu sahaja dikala kita susah dan apabila senang merekalah yg selalu menemani hidup kita..

'Sebaik-baik SAHABAT disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya..(H.R al-hakim)

setelah mmbaca hadis ini jelaslah kpd kita bahawa sahabat merupakan insan yg benar2 memahami dan sanggup bersusah payah demi kita semata-mata ingin melihat kita bahagia..apabila berbicara tentang sahabat..kita boleh gambarkan bahawa apabila melihat wajahnya , mengingatkan kita kepada kematian..apabila mendengar kata-katanya, menambahkan ilmu agama kita..dan apabila melihat gerak-gerinya..mendekatkan kita kpd ALLAH SWT..

ALLAH ciptakan makhluk ini berpasang-pasangan..seperti juga makhluk yg bergelar manusia..manusia tidak dapat hidup bersendirian serta tidak boleh lari daripda berkawan dan menjadi kawan..btol kann???
akan tetapi, sekiranya ada manusia yg tidak suka berkawan serta melarang kita untuk berkawan...manusia ni boleh dikategorikan sebagai manusia yg tidak normal, ganjil dan tidak memenuhi ciri2 manusia normal..

sebenarnya ISLAM amat menitik beratkan soal berkawan kerana hubungan persahabatan adalah hubungan yg mulia..seseorang sahabat memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang individu selain daripada keluarga kita..di dalam dunia ini, ade kawan yang sanggup bersusah payah demi melihat kita bahagia dan ade juga kawan yg hanya nmpak mukanya semasa senang dan mereka ini hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja..

dipendekkan cerita..seseorang sahabat/kawan itu memainkan peranan penting dalam mencorakkan hidup kita..sekiranya kita TERSALAH memilih kawan..akhirnya kita yg akan merana dan menerima padah atas pilihan kita itu..-berkawan dengan sahabat yg baik umpama minyak wangi, sekiranya kita berkawan dengannya kita akan mendapat percikan daripda wangiannya..tetapi sebaliknya..berkawan dengan tukang besi..tidak dapat tdak kita sendiri yg akan terkena percikan api yg boleh mencarikkan baju kita-..

p/s: bagi REMAJA2 diluar sana..berhati-hatilah dalam memilih kawan..pastikan kawan yg kita pilih itu bukanlah hanya sekadar kawan yg mana hnya bersama kita dikala kita senang akan tetapi kawan tersebut merupakan sahabat kita yg mana akn setia bersama kita dikala kita senang mahupon susah..moga ALLAH SWT memberikan kita SAHABAT yg boleh mmbawa kita ke SYURGA..amin..insyaALLAH..

teruskan lah membace...=)