Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Tuesday 21 January 2014

Field Trip (Field ecology) - Group Rhopalocera

Sedikit gambar pengalaman berkenaan field trip yang penulis sertai bagi subjek Field ecology. Alhamdulillah, pada permulaannya, field trip ini dirancang untuk dijalankan di Miri, Sarawak. TETAPI, pepatah ada mengatakan, kita hanya mampu MERANCANG, dan Allah yang MENENTUKAN, akhirnya trip ke Miri terpaksa DIBATALKAN atas faktor-faktor keselamatan.

Bagi memenuhi TUNTUTAN subjek ini, maka field trip terpaksa diadakan didalam Unimas sahaja iaitu di Makmal luar FSTS (External Lab).Apakan daya, BERSYUKUR je lah kan. Field trip ini telah diadakan selama lima (5) hari bermula 6 Nov-10 Nov 2013 Jadi, penulis nak share sedikit gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang field trip tersebut dijalankan. PASTI seronok dan penuh PENGALAMAN yang penulis dapat. =)
Sesi pembentangan dapatan kajian

Abang2 yang bertugas sebagai ajk makanan

Baju batch kami



Pepatung (Pemangsa) sedang makan mangsanya

Salah satu alat nak tangkap rama2 - Aerial net
Sebahagian kumpulan saya
Ni salah satu alat nak tangkap rama2- Baited trap

Umpan yang digunakkan dalam baited trap- NENAS

Bergambar sebelum masuk hutan
Dah dapat seekor!!


Species paling banyak area unimas- Junonia Orithya

Ini dinamakan teknik SPREADING

Sedang mengajar bagaimana cara nak spreading rama2

Salah satu buku rujukan untuk IDENTIFICATION rama2- penulis buku adalah pensyarah Unimas sendiri, Prof Dr Fatimah Abang
Wax paper- selepas dah tangkap, letak dalam ini

haa!!..ini lah serba sedikit gambar-gambar pengalaman yang saya dapat kongsikan. ALHAMDULILLAH, zoology banyak mengajar penulis untuk sentiasa menghargai nikmat-nikmat alam yang Allah ciptakan. peace..=)

  

Wednesday 15 January 2014

Perginya Tiada Ganti

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat..

Alhamdulillah, sudah lama agaknya tidak menulis, tetapi hari ini Allah bagi kekuatan untuk menulis. Tulisan yang tidak seberapa, TETAPI ins shaa Allah memberikan manfaat bukan sahaja kepada penulis, malah kepada pembaca sekalian.

Perginya Tiada Ganti??...semestinya ada beberapa persoalan yang mungkin pembaca ingin utarakan. Ataupun mungkin pembaca sudah dapat agak, apakah yang ingin penulis ceritakan pada entri kali ini. Yaa!!..mungkin andaian pembaca betul, mungkin juga boleh salah!!

Sudah PASTI!!.Setiap yang pergi pasti tidak akan dikembalikan. Apakah ia??.SEMESTINYA satu perkataan yang cukup sinonim dalam kehidupan seharian kita iaitu KEMATIAN. Firman Allah swt:

" Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."    (surah Ali-Imran,3:185) 

Jika diselusuri dalam tafsir Filzilal, ayat "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati" menggambarkan bahawa tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasai MATI. Tidak ada perbezaan antara satu jiwa dengan jiwa yang lain untuk merasakan kematian. TETAPI, ada satu perbezaan yang menjadi titik-tolak kepada kematian seseorang iaitu 'PENGAKHIRAN HIDUPNYA'. Inilah yang menjadi perbezaan kematian antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain. Persoalannya dimanakah seseorang itu selepas kematiannya?? sama ada di 'SYURGA' yang penuh kenikmatan ataupun di 'NERAKA' yang penuh penyeksaan. Tepuk dada, tanya pada IMAN masing-masing.

Pertengahan bulan Januari 2014, seluruh warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) digemparkan dengan kehilangan seorang Mahasiswi Tahun 1 yang bernama adik Siti Najwa Atikah. Di saat sebahagian besar pelajar-pelajar seronok untuk pulang ke rumah, terdapat sebahagian kecil pelajar-pelajar serta staf-staf Unimas yang berusaha sedaya upaya untuk menjejaki adik Najwa yang diberitakan hilang selama lima (5) hari. Dan saya juga diberikan kesempatan oleh Allah untuk turut serta bersama-sama untuk pergi mencari arwah walaupun hanya berkesempatan mencari satu (1) hari sahaja dimana pada hari kelima yang mayat arwah adik Najwa ditemui.

Pelbagai retetan peristiwa yang berlaku keatas kematian arwah. Sebahagian peristiwa hanya diketahui oleh orang-orang terdekat dengan arwah, dan saya hanya mengetahui mungkin suku peristiwa sahaja. Dan bagi menjaga kebaiban arwah serta maruah ahli keluarganya, jadi peristiwa tersebut tidak dapat diceritakan disini. Apa yang pasti, kematian arwah adik Najwa menimbulkan seribu tanda tanya kepada seluruh warga Unimas. Pelbagai andaian telahpun dibuat oleh pelbagai pihak termasuklah di dada-dada akhbar. Apa yang menjadi keraguan, adalah kes kematian arwah adik Najwa masih lagi dalam siasatan dan mayatnya baru sahaja di 'cam' kan oleh ahli keluarga arwah, TETAPI ada sesetengah pihak sudah memandai membuat spekulasi yang mengatakan arwah dibunuh (merujuk kepada berberapa keratan akhbar). Anehnya, baru beberapa jam dijumpai mayat, tetapi boleh terus membuat keputusan begitu.

Apapun andaian yang dibuat, arwah adik Najwa tetap pergi menghadap Allah swt dan sudah pasti tidak dapat dicari ganti. Sedikit pengalaman yang dapat penulis ceritakan dalam misi bersama-sama mencari arwah adik Najwa. Penulis diberitakan dengan kehilangan arwah adik Najwa setelah berita kehilangannya hangat dihebahkan di facebook. Usaha untuk menjejaki arwah telapun dilakukan pada awal setelah berita kehilangannya digembar-gemburkan.

Pada hari kejadian, iatu pada 14 Januari 2014 (selasa), penulis berkesempatan bersama-sama untuk pergi mencari arwah adik Najwa. Bermula pada pagi itu, pelbagai pihak termasuk unit pengesan anjing serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta pelajar dan staf-staf Unimas turut serta dalam gerakan mencari arwah. Penulis bersama-sama beberapa orang sahabat berikhtiar dengan membaca yassin supaya misi pencarian arwah dipermudahkan oleh Allah swt. Misi telahpun berjalan daripada pagi sehinggalah pada waktu petang. Walaupun pelbagai tempat telah dicari termasuklah memasuki hutan disekitar Unimas, tetapi masih lagi tidak dijumpai. Laungan nama "Atikah" oleh sahabat-sahabat sewaktu mencari didalam hutan dengan harapan arwah dapat mendengar dan menyahut  juga tidak berhasil.

Dengan takdir Allah setelah pelbagai usaha telah dilakukan, akhirnya arwah adik Najwa telah diketemui. Malangnya, apa yang diharapkan iaitu agar arwah ditemui dalam keadaan selamat tidak kesampaian. Mayat arwah telahpun ditemui oleh orang kampung iaitu dalam keadaan terapung di dalam parit. Allahu, keadaan arwah sebegitu amat-amat menyayatkan hati bagi setiap yang melihatnya. Sewaktu itu, mayat yang dijumpai masih diragui identitinya dan penulis bersama sahabat-sahabat mengharapkan ianya bukan mayat arwah adik Najwa.

Setelah dicam pakaian oleh ahli keluarga arwah, iaitu keadaan MAYAT arwah yang masih berbaju kurung telah membuatkan ramai orang berasa amat-amat terharu dan sedih. Dan sungguh, berita kematian arwah adik Najwa sudah pasti memberikan kesan yang mendalam kepada sahabat-sahabat penulis yang telah mengorbankan seluruh tenaga dan masa bagi mencari arwah yang hilang. TETAPI, apakan daya, TAKDIR Allah telah tertulis bahawa arwah meninggal dunia dalam keadaan sedemikian rupa. Allahu, Allah lebih MENGETAHUI segala sesuatu.

 Dikesempatan ini, penulis ingin mengajak pembaca agar muhasabah diri sendiri,dimanakah PENGAKHIRAN HIDUP kita nanti??. Adakah dalam keadaan baik ataupun buruk??..Adakah di SYURGA ataupun di NERAKA??..Sudah pasti, persoalan yang tidak mampu DIJAWAB kerana segalanya telahpun diputuskan oleh Allah swt yang menciptakan kita. 

Persoalannya lagi, masihkan ada waktu untuk memohon KEAMPUNAN dan TAUBAT kepada Allah swt??..Jawapannya "ADA"..Gunakan sisa-sisa atau baki hidup ini untuk laksanakan perintah Allah serta suruhan Nabi Muhammad saw. Jangan jadikan peristiwa kematian itu HANYA memberikan keinsafan sebaik sahaja kita habis menulis STATUS di facebook dan apabila hari berganti hari, keinsafan tersebut hilang ditelan NAFSU dan godaan SYAITAN laknatullah. Nauzubillah..

Sama-sama ambil iktibar dan pengajaran dan berusaha menjadi baik serta mengajak manusia bersama-sama melakukan kebaikan. Moga Allah redha dengan kita semua.

Al-fatihah buat arwah adik Najwa - moga Allah tempatkan dia dikalangan orang-orang yang soleh dan menerima segala  amalan kebaikannya. Amin..