Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Tuesday 19 May 2015

Kesan Buruk Aktiviti Manusia

Alhamdulillah, untuk entri kali ini, penulis nak share sikit dapatan kajian yang penulis lakukan bagi memenuhi projek tahun akhir.


Tapi, ini bukan  projek sebenar yang penulis lakukan untuk tajuk "FYP" , hanya sebagai persediaan sebelum "real projek akhir" sahaja.


Tajuk yang ingin penulis kongsikan adalah kesan sodium dodecyl sulphate (sds) terhadap zebrafish larvae development.


Sds ni merupakan salah satu bahan kimia yang terdapat dalam "detergent" (sabun mandi, sabun basuh pinggan etc). Walaupun concentration yg kami (penulis bersama kawan2 yang lain) gunakan agak rendah (selepas buat beberapa serial dilution), akan tetapi kesannya tetap ada pada zebrafish larvae.


Persoaĺannya, adakah manusia tahu bahawa aktiviti seharian mereka mengundang kesan buruk terhadap organisma ciptaan Allah yang lain??


Ini baru kesan sabun mandi yang harian yang kita gunakan di rumah, belum lagi masuk bahan-bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang industri dan sebagainya. Semestinya penulis percaya kesannya lebih buruk dan besar terhadap 'aquatic organism' malah juga kepada kehidupan seharian kita sebagai manusia. Allahu..



"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut, disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"
(Surah Ar-Rum, 30:41)


Gambar di bawah kita boleh nampak beza antara larvae yang normal dan tidak normal..





                                 

  Larvae tidak normal 
 (terdapat permukaan yang gelembung)
                                 

Larvae normal




Bersama insafi diri.. TT

Nantikan entri lain hasil dapatan kajian penulis untuk projek tahun akhir yang "real".
Pasti seronok untuk dibaca dan difikirkan