Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Thursday 15 December 2011

CINTA DUNIA

salam ukhwah pembace sekalian..

entry kali ni ,aku nk berceloteh tentang CINTA DUNIA yg kita selalu DAMBAKAN....INGATLAH!!!..dunia itu hanyelah sementara tetapi AKHIRAT itu yg selama-lamanya..




" Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka ". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu ?" Nabi S.A.W menjawab , "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali , tetapi kamu umpama buih di waktu banjir , dan ALLAH S.W.T akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu , dan ALLAH S.WT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHAN." Seorang sahabat bertanya , "Apakah WAHAN itu wahai Rasulullah? ".Nabi Muhammad S.A.W menjawab, "CINTA PADA DUNIA DAN TAKUT PADA MATI ". 
(hadis riwayat Abu Daud)




p/s  :  memang benar apa yg disabdakan oleh Rasulullah S.A.W..keadaan umat ISLAM pada hari ini menggambarkan kebenaran itu..umat ISLAM walaupun mempunyai bilangan yg banyak..TETAPI..mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain..mereka DITINDAS ,DIINJAK-INJAK , DISAKITI , DIBUNUH dan sebagainya..bangsa2 dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza AGAMA , mereka tetap bersatu untuk melawan musuh dan melumpuhkan lawannya..

sebenarnya kekalahan kaum MUSLIMIN adalah berpunca daripda diri kaum MUSLIMIN itu sendiri...iaitu penyakit WAHAN...yg mana merupakan penyakit campuran dari dua unsur yg selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu "CINTA DUNIA" dan "TAKUT MATI"..kedua-dua penyakit campuran itu x dapat dipisahkan .."CINTA DUNIA" bermakna rakus , bakhil , dan x mahu mendermakan harta dijalan ALLAH S.W.T ..manakala "TAKUT MATI" itu adalah leka dengan kehidupan dunia dan x mahu mebuat persiapan untuk melengkapkan diri bagi menghadapi negeri AKHIRAT  dan x ade perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama ALLAH S.W.T..sama2 lah kita menginsafi diri agar kita x leka dek kenikmatan dunia yang sementara ini..INSYA'ALLAH..

wallahu'alam..truskan membace!!! 

WARNA BANGKIT AURA DIRI

assalamualaikum dan salam ukhwah pembace sekalian...


emm..hidup kita ini mesti penuh dikelilingi oleh warna..btol kann??..emm..satu lagi..sebenarnya setiap warna yg ade disekeliling kita pon mempunyai maksud2 yg tertentu..seperti entry yg aku tulis sebelum ini iaitu perkaitan warna dengan solat..cube tanye diri kita..adakah kita mempunyai warna kegemaran yg kita amat sukai dan apakah warna tersebut????...adakah biru , merah , kuning ,  hijau atau putih??..







tahukah kita dalam kehidupan manusia , warna amat memainkan peranan penting..ini termasuklah warna yg kita lihat setiap hari sama ada warna alam semula jadi , dinding , atau pakaian yg dipakai..warna sememangnya membantu dalam menaikkan 'MOOD' dan suasana serta membangkitkan AURANYA yg tersendiri..


walaupun x diketahui secara pasti mengapa org2 menyukai warna dan kombinasi warna tertentu ???..tetapi yg jelas , setiap warna mempunyai karakter atau sifat2 yg berbeza-beza..bahkan dari dahulu lagi warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia..apa kata kita selidik RAHSIA yg ada di sebalik rona2 warna ini..jomm!!!!


MERAH 


warna ini melambangkan keadaan psikologi yg mengurangkan tenaga , mendorong cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan..warna ini juga mempuyai pengaruh PRODUKTIVITI , PERSAINGAN , dan KEBERANIAN..


MERAH TERANG  :  warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita2..sifatnya agresif , aktif , dan garang..manakala pengaruhnya berkemahuan , penuh ghairah dan dominasi..


MERAH JAMBU  :  warna ini melambangkan romantik dan feminin..warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan , penyerahan , kesempurnaan , keayuan dan kesantunan..


BIRU


warna ini melambangkan ketenangan yg sempurna..ia juga mmpunyai kesan menenangkan pada tekanan darah , denyutan nadi dan tarikan nafas..


BIRU TUA  :  warna ini melambangkan perasaan yg mendalam..bersifat konsentrasi , koperatif , cerdas , kejujuran , dan patriotik..dari segi pengaruh pula ia tenang , bijaksana , x mudah tersinggung dan mudah mendapat kawan..


BIRU MUDA  :  warna ini melambangkan kesungguhan cita2 dan penuh keazaman..sifatnya BERTAHAN , PELINDUNG , X BERUBAH FIKIRAN..manakala dari segi pengaruhnya pula , ia boleh mnjadi keras kepala , teguh , sering bangga diri dan berpendirian tetap..


KUNING


warna ini melambangkan kegembiraan..warna ini mempunyai sifat SELAMBA ,SANTAI ,  TENANG ,  dan x terkesan dengan sebarang masalah..sikap berubah - ubah tetapi penuh harapan , mempunyai cita2  setinggi langit dan semangatnya juga tinggi..


KUNING TERANG  :  warna ini melambangkan sifat yg boleh berubah dgn mendadak..sifatnya SEDERHANA tetapi unik..org yang suka warna kuning sifatnya adalah BERTOLAK ANSUR , BERHATI-HATI , dan MENONJOL..manakala dari segi pengaruhnya ,berubah-ubah sikap , berwawasan , dermawan , x mudah percaya pada org..


KELABU


warna ini menunjukkan makna yg X JELAS..x terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi..warna ini boleh disifatkan lebih kepada NEUTRAL..


COKLAT


warna ini sering kali menunjukkan ciri2 suka PERSAINGAN , X SUKA BERALAH , KURANG TOLERANSI , SUKAR BERTOLAK ANSUR , dan mempunyai PRASANGKA terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan..


HITAM


warna ini melambangkan KESEDIHAN dan KESEORANGAN..ia memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kemusnahan..


HIJAU


warna ini melambangkan adanya suatu KEINGINAN , KETABAHAN, dan KETEGUHAN HATI..mempunyai keperibadian yg tegas , berprinsip , dan berkuasa..warna ini mempunyai sifat ingin meningkatkan rasa bangga , perasaan lebih hebat dan mengatasi org lain..org yg menyukai warna ini umumnya SUKA DIPUJI ,MUDAH MENASIHATI org lain..


UNGU


warna ini adalah campuran warna merah dan biru..ia melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua warna tersebut..perpaduan antara KEINTIMAN dan KEMESRAAN , EROTIK , dan berperasaan mendalam dan PEKA..sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan POSITIF..


p/s :  hakikatnya warna menjadi kegemaran kita itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan perwatakan kita sebenarnya..bahkan menurut kajian yg dilakukan oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai auranya yg tersendiri dalam mepengaruhi personaliti dan sikap seseorang..so..pilih lah warna2 yg btol2 'sepadan' dan sesuai dengan PERSONALITI diri sendiri..


ok la..teruskan membace entry2 aku yg lain!!..   

SYUKURLAH DENGAN NIKMAT ALLAH

salam ukhwah pembace2 semua..


emm..entry kali ni aku nk berbicara tentang nikmat pemberian ALLAH yg semestinya kita syukuri..bagi mengingatkn diri aku dan anda2 sekalian yg sering alpa..mari lah kita refresh balik banyak manakah nikmat yg telah kita semua dapt??..sepuluh..seribu..seratus ribu..sejuta...berbillionnn...ohhh tidakkk!!!..ketahuilah rakan2 pembace sekalian bahawa nikmat pemberian ALLAH x terkira oleh kita semua...walaupon dgn mggunakan kalkulator secanggih mane pon di abad ini..nescaya x tercapai untuk kita mghitungnya..





x dek seorang manusia pon di dunia ini yg akan bebas daripada ujian ALLAH..adakah kita semua sedar , dengan ujian itulah maka manusia dapat menjadi makhluk yg menepati fitrahnya???..tanpa ujian2 ini nescaya manusia akan terjerumus dalam liang kehinaan..kita semua akan mengalami pelbagai jenis ujian yg berlainan bergantung kepada ALLAH S.W.T..secara logiknya , tanpa semua nikmaT dan musibah ini , x kan ada manusia yg BERSABAR , INSAF dan MENOLONG antara satu sama lain..mari kita tengok beberapa bentuk ujian yg ALLAH beri kepada hamba-Nya....


MENERIMA HADIAH TANPA MEMINTA


selagi masih ada kudrat , ISLAM menggalakkan umatnya untuk berusaha mncari rezeki yg HALAL..mengemis bukanlah cara yg terbaik untuk mengurangkan bebanan kita semua..UMAR r.a meriwayatkan bahawa : Rasulullah S.A.W bersabda : "Jika sesuatu (harta , wang hadiah) diberikan kepada kamu yg mana kamu tidak berkehendak atau memintanya maka terimalah. Jika tidak ,pedulikan ia." (sahih Bukhari)


HIDANGAN MAKANAN


apabila kita semua mendapat jemputan jamuan makan jgnlah kita sesekali merasa RAGU faktor HALAL atau pon HARAM..kita perlu berpegang kpd prinsip bahawa setiap MUSLIM itu boleh dipercayai..Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Jika salah seorang daripada kamu memasuki rumah saudara muslimnya yg lain dan dihidangkan makanan , makan makanlah dan jangan bertanya tentang hidangan itu , dan jika dihidangkan minum minumlah dan jangan bertanya tentang minuman itu." (sahih Ahmad)..semua ini bertujuan untuk kita x menyinggung perasaan tuan rumah..


MIMPI BAIK


jarang sekali kita dihadiri mimpi baik semasa tidur kann??..tapi bagi yg selalu mendapat mimpi baik , sudah pasti mendatangkn kegembiraan sepanjang harinya ..sebenarnya , sebaik sahaja sedar daripada mimpi tersebut kita hendaklah SUJUD SYUKUR kepada ALLAH S.W.T..nak tahu ape sebabnya???..diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa: Rasulullah S.A.W bersabda: " Janganlah kamu menceritakan mimpi baik yang kamu peroleh melainkan kepada orang alim ataupun orang yang dipercayai dapat memberi kamu pandangan yang baik "...


p/s: dalam hidup kita ini x pernah sekalipon kita terlepas daripada membuat DOSA dan KEMUNGKARAN kepada ALLAH S.W.T..btol kann???..biasa la kan..fitrah manusia..aku sendiri pon ntah berapa gunung dosa telah aku buat..nauzubillahiminzalik..so..sebagai seorang INSAN yang memegang title 'ISLAM'..seharusnya kita berase malu dgn dosa dan maksiat yg kita lakukan..cepat2 lah BERTAUBAT kpd ALLAH..jangan tunggu dah tua baru nk bertaubat..tersangatlah rugi rakan2 sekalian..kita pon x tau saat dan ketika manakh kita akan MATI..


YA ALLAH..AMPUNKANLAH DOSA AKU..DOSA KEDUA IBU BAPA KU..DOSA ADIK-BERADIK KU..DOSA SAUDARA MARA KU..DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI MAHUPUN DI AKHIRAT..amin yarabbalalamin..