Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Wednesday 23 December 2015

Upload gambar pun boleh kasi DOSA ke??



Assalamualaikum wbt pembaca2 yang saya sayangi sekalian.

Jom sama2 selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari ni kan hari lahir baginda SAW. Moga kita sama2 dapat syafaat dan pahala di atas selawat kita itu tadi.

Waduh2, agak berhabuk dah blog saya ni, agak2 dah bertahun tak update di blog ni rasanya. Biasala, sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis.

Haa, hari ni saya nak berceloteh sikit tentang tajuk entry yang saya tulis di atas, UPLOAD GAMBAR PUN BOLEH KASI DOSA KE??. Agak2 la kan, kalau saya tanya kpd pembaca sekalian, apa respon dan jawapan korang? Berdosa ataupun tidak??




Baiklah, saya cerita la sikit jawapannya. Sebenarnya, bab dosa pahala ni, saya bukan lah orang yang layak nak bahaskan. Jadi, entry saya ni tak akan sentuh sangat tentang ayat Al-Quran dan hadis. Takut2 salah bahas, lari maknanya. Nanti umat yang jahil sekarang ni, akan menjadi semakin jahil la pulak kan. (Baca JAHIL: Kurang Ilmu pengetahuan). Jadi, saya akan kongsikan sikit la apa pandangan saya dan apa yang saya belajar selama ni tentang adakah hanya nak suka2 kongsi gambar di laman2 sosial ni akan memberikan dosa kepada kita?

Ok, jawapan saya, bergantung kepada isi gambar yang ingin di upload di laman2 sosial. Sebagai contoh, sekiranya kita lelaki, pastu kita nak upload gambar kenangan kita bersama kawan2 lelaki lain di instagram ke atau di facebook, jadi ianya tidak menjadi sebarang masalah ataupun fitnah. Begitu juga sekirannya, kita ni perempuan, lepas tu, kita nak upload gambar kita bersama rakan2 perempuan yang lain, itu pon tak jadi masalah.

CUMANYA, yang menjadi MASALAH dan timbul FITNAH , apabila gambar2 yang kita upload tu mengandungi unsur2 yang menyalahi syariat. Contohnya, gambar lelaki atau perempuan yang tak menutup aurat, gambar korang tengah mandi, gambar korang bercium sama ada sama2 jantan atau sama2 betina, gmbar korang minum arak, gambar korang tengah buat isyarat2 lucah atau gambar korang tengah tidur yang ditangkap senyap2 tapi tak sedar yang korang tak menutup aurat.

Ha, ni hnya beberapa situasi daripada beribu situasi yang ada dan anda boleh lihat sendiri di media2 sosial terutamanya di Instagram dan di Facebook. Senang cerita, jika anda fikir gambar yang anda nak upload tu tak mengandungi unsur2 yang saya ceritakan kat atas tadi, dan ianya tak menimbulkan fitnah, silalah nak upload. TAPI, jika sebaliknya, saya nasihatkan tak perlu la upload. Sebaiknya, anda tapis dahulu semua gmbar2 dan minta pandangan orang yang lebih alim, supaya mereka dapat bagi nasihat sama ada sesuai ataupun tidak nak upload gambar2 tersebut.

Ha, kita nampak je simple kan, ala kan, gambar kenangan kot, nanti tak upload tak dapat la nak jadikan kenangan. Ingat ye, kenangan2 juga, batas2 agama pun kene jaga. Supaya kita tak senang2 dapat dosa free je nanti.

Pengalaman saya sendiri.

Saya pun ada beribu gambar kenangan bersama rakan2 saya sama ada di peringkat sekolah mahupun di Universiti. Tapi sayang, ada setengah gambar yang saya simpan, ada di antaranya saya tak dapat nak kongsikan di laman2 sosial. Mana tak nye, sebab dalam gambar tu ada yang member saya yang tidak bertudung (muslim), ada yang buat posing maut ntah apa2 dan banyak lagi la situasi2 lain. Pada mulanya, memang nak upload, tapi memikirkan ianya akan mendatangkan FITNAH dan DOSA kepada orang yang melihatnya. Ish,tak jadi la saya. Ingat, sekali anda upload gambar yang boleh mndatangkan dosa tersebut, selagi mana orang yang melihatnya, selagi itu anda menangggung dosa. Ha, tak takut ke?? Dalam instagram, facebook dan twitter tu, berjuta ribu manusia melihatnya. Eee.. takutnya saya.

Yelakan, sapa yang tak de keinginan nak share pengalaman manis dia dalam hidup kepada orang sekeliling dia. Tapi, tup tup, ada pulak sorang dua yang SPOIL kan gambar kita. Dah tak jadi nak upload. Jadi, simpanan dalam telefon je la kan.

Ok, lepastu, kadang2, gambar yang kita rakam atau tangkap itu hanya kita je yg ada. Maklumlah, tangkap gambar guna nset kita. Pastu, ada pulak member2 kita yang nak kita share gambar2 tu kat fb atau instagram, pastu tag nama diorang, Kalau macamtu, cmne nak buat ek.
Bagi saya la kan, anda tak perlu la upload gambar tersebut. Tak pasal2 anda dapat dosa. Pastu ajak orang lain lagi buat dosa. Cadangan saya, bagi gambar yg anda tangkap tu kpd kawan anda tersebut secara personal. Tak perlu la upload kat fb. Cakap kat dia, aku tak nak tanggung DOSA. 

Ha, diatas ni hanya sekadar nasihat dan pengalaman saya. Dan saya yakin, banyak ayat Al-Quran dan hadis yang melarang kita buat perbuatan2 mcm yang saya cerita kat atas tu. Anda boleh la rujuk alim ulama atau para asatizah untuk mendapatkan dalil2 tersebut ya.

Ok la, setakat ni saja entry saya pada kali ni..Anda pun boleh bagi pandangan anda di ruangan komen di bawah. Sekiranya, anda nyatakan dalil2 drpd Al-Quran atau hadis, mintak utk anda nyatakan sekali rujukan ya. Senang saya dan pembaca lain nak refer untuk akan datang.

Wasalam.
Salam Maulidur Rasul. 
Sollua'lanNabi SAW.