Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Thursday 24 December 2015

Apabila Budak USRAH kantoi ber"COUPLE"





Salam pembaca yang saya kasihi sekalian

Ins Shaa Allah, pada entry saya kali ini, saya nak kongsikan sikit  tentang masalah COUPLE yang dihadapi oleh golongan-golongan aktivis dakwah dan orang yang mengikuti usrah dan juga tarbiyah.


Minggu pertama usrah,

Abang Naqib: "Alhamdulillah, pertamanya mari kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT           kerana memberikan kita ruang untuk sama-sama dalam jalan tarbiyah dan usrah. Abang harap, adik-adik usrah abang ni tak sia-siakan peluang keemasan yang Allah berikan ni ye. Bukan senang Allah nak pilih kita berada dalam jalan tarbiyah".

Adik-adik usrah: "Ins Shaa Allah abang"! Sahut adik-adik usrah dengan penuh semangat.

Berlalulah tempoh masa sebulan adik-adik itu tadi mengikuti usrah dan tarbiyah dengan seronok. Tak nampak di wajah mereka tanda-tanda nak keluar usrah.

Berlalu bulan berikutnya, dengan jadual kuliah yang padat, dan aktiviti-akiviti yang dijalankan daripada pihak kolej atau universiti, akan tetapi aktviti usrah dan agenda tarbiyah tetap dilaksanakan. Tapi, kali ni, Abang Naqib itu tadi terpaksa menggunakan cara yang lebih seronok dalam menggendalikan usrah, semata-mata mahu menarik minat mereka untuk kekal dalam usrah.

Dalam tempoh selepas sebulan pertama usrah, pelbagai pendekatan yang telah digunakan oleh si Abang Naqib itu tadi. Bawa pergi jalan-jalan la, bawa pergi makan la, bawa gi bersukan la, dan macam-macam lagi cara yang abang naqib itu gunakan ke atas anak-anak usrah dia.

Dalam tempoh tersebut juga banyak kerenah anak-anak usrah yang Abang Naqib itu kena hadapi. Ada yang datang usrah ON-OFF. Minggu ni datang, minggu depan tak datang. Ada saja alasan yang diberikan untuk elak daripada datang usrah dan program tarbiyah. 

Berlalulah beberapa bulan yang mendatang, abang naqib itu tadi terpaksa struggle habis-habisan untuk MERAWAT masalah anak-anak usrah dia. Kedatangan anak usrah dia semakin hari semakin merosot. 

Setelah di kaji secara mendalam, beberapa punca telah dikenal pasti. Sebab antara anak usrah dia ON-OFF datang usrah dan program tarbiyah adalah kerana:-

1) Jadual kuliah yang terlalu pack. Anak usrah ni pulak yang jenis tak reti nak susun masa. 

2) Malas. Sikap yang sudah bertapak lama dalam diri.

3) Terlalu aktif. Maklumlah, sikap ringan tulang terlampau tinggi sehingga semua jawatan dia nak pegang.

4) Pengaruh rakan. Yang ni jenis suka ikut orang. Member ajak jalan sikit, dia pergi. Walaupun tahu hari tu dia ada usrah

Jadi, setelah dikenal pasti, Abang Naqib tadi cuba la rawat penyakit-penyakit anak usrah dia satu persatu dengan memberikan nasihat dan taujihat yang sentap-sentap.

Alhamdulillah, semua berhasil, walaupun ada sorang dua anak usrah dia yang susah nak ubah. Jadi, terpaksa la mereka undur diri tak nak ikut usrah dah.

Selepas beberapa minggu berlalu, akhirnya, prestasi anak usrah Abang Naqib itu tadi semakin baik. Cuma ada sorang je anak usrah dia ni yang mula dihinggapi balik penyakit-penyakit lama itu tadi. Kehadiran usrah dia semakin lama, semakin merosot. Ada je alasan yang diberikan sebab tak datang usrah. 

Kaji punya kaji, keempat-empat masalah yang abang naqib list kan tadi, nampaknya takde pun dalam diri anak usrah dia sorang ni. Dia ni memang konsisten usrah sejak dulu. Satu dua tak hadir usrah tu biasala kan. Daripada riaksi anak usrah dia itu tadi, abang naqib tu syak sesuatu yang cuba diselidung oleh dia. 

Last-last, anak usrah dia tu mintak nak keluar usrah dengan alasan yang tak munasabah. Abang naqib tu tadi dah habis cara untuk pujuk dia supaya jangan keluar usrah. Dan akhirnya, abang naqib itu terpaksa akur yang dia hanya insan yang lemah. Terpaksa la dia lepaskan anak usrah itu keluar daripada usrah. Perasaan sedih dan sayu menyelubungi abang naqib itu tadi.

Tapi, abang naqib tersebut tetap tabah dan percaya pasti ada hikmah disebaliknya.

Pada suatu hari, abang naqib itu pun keluar ke sebuah restoran untuk membeli makanan untuk santapan malam. Alangkah terkejutnya dia pabila melihat anak usrah dia yang minta nak keluar usrah itu tadi sedang makan dan berborak sakan dengan seorang perempuan bertudung lingkup ala-ala muslimah gitu. Alangkah pedih nye hati si abang naqib tersebut.

Anak usrah dia itu tadi, buat-buat tak nampak dan tersipu-sipu malu pabila abang naqib tu melihat ke arahnya. Tau pulak malu ye. Abang naqib itu beredar daripada restoran kedai makan itu setelah urusan nye selesai.

Sebelum tidur, abang naqib tu pun bermuhasabah seorang diri. Apa la dosa dia sehingga membuatkan anak usrah dia tadi jadi seperti itu. Dia pun cuba berusaha di mana silapnya dan cuba selidiki dan bertanya daripada kawan-kawan anak usrah dia itu tadi. Dan dia agak terkejut pabila mengetahui yang anak usrah dia itu tadi memang dah COUPLE lama dah dengan si MINAH tudung labuh tu. Alangkah sedihnya hati abang naqib tersebut.

Rupa-rupanya, selama ni, anak usrah dia bercouple walaupun sedang mengikuti  usrah dan tarbiyah. Dan dia senyap-senyap tak mahu bagitau abang naqib itu takut-takut abang naqib tu marah dan suruh dia putuskan perhubungan tersebut. Dan dia juga menipu abang naqib tu dengan mencipta pelbagai alasan untuk tidak hadir usrah dan program tarbiyah.

Akhirnya, abang naqib tu pun bermonolog di dalam hati. "Betullah kata seorang ikhwah, dalam kita bergelumang dalam jalan dakwah, pasti dan pasti akan ada tapisan. Tapisan ini adalah tapisan Allah. Allah tak mahu gerakan dakwah ini ni dipenuhi dengan orang yang membuat maksiat terhadapnya."

Allahu, alangkah ruginya kita sanggup keluar daripada gerabak dakwah semata-mata mahu memenuhi nafsu yang seringkali menipu diri.

Moga-moga kita tidak tergolong daripada orang yang ditapis oleh Allah untuk tidak sama-sama dalam gerakan dakwah dan tarbiyah. Amin, ins shaa Allah.