Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Friday 23 December 2011

HAKIKAT TAKABBUR DAN BAHAYANYA

salam ukhwah pembace sekalian..


kali ini , aku nk menulis tentang sifat takabbur dan bahayanye terhadap seseorang yg memilikinya...info2 ni aku dapat daripada sebuah buku yg aku bace...nak tau x kita ni ade sifat takbur atau x???..ha!!..teruskan membace yek.. 





sebenarnya takabbur terbahagi kepada 2 bahagian iaitu BATIN & ZAHIR..ape itu batin dan zahir yek??...BATIN bererti pekerti dalam diri manakala ZAHIR bermaksud kelakuan2 yg keluar dari anggota badan..              


sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : 


"Tidak dapat masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat seberat debu daripada sifat TAKABBUR " ( riwayat MUSLIM)


sebenarnya dari manakah timbul sifat takabbur & sombong???...asasnya adalah kerana adanya perasaan menganggap orang lain kecil ,menganggap orang lain kurang atau tidak berharga sama sekali jika dibandingkan dengan dirinya serta anggapan hina orang itu..sebaliknya dirinya sendiri dianggap amat MULIA , TERHORMAT , dan MELEBIHI orang lain dalam segala hal..


sabda Rasulullah S.A.W :


" Takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina makhluk ( riwayat Muslim ,Al-Baihaqi , Ahmad dan At -Tirmizi)


jelas lah bahawa setiap orang yang menghina saudaranya sesama Islam, mengejek , menganggap bahawa dirinya lebih baik berbanding orang lain , suka menolak kebenaran sedangkan dia telah mengetahui bahawa itulah yang benar , maka jelaslah orang tersebut dihinggapi penyakit KESOMBONGAN dan mengabaikan hak2 ALLAH..x mentaati apa yg diperintahkan oleh ALLAH dan melawan zat yang Maha Kuasa..ok..di sini mari kita lihat 2 BAHAYA org yg suka bersikap SOMBONG...


bahaya pertama adalah kesombongan  , kemegahan , kebanggaan dan berasa diri mulia daripada org lain sebenarnya tidak sesuai melainkan untuk Zat yg Maha Esa sahaja...iaitu ALLAH S.W.T yg Maha Berkuasa..
adapun manusia itu hanyalah sebagai HAMBA ALLAH yg amat lemah , yg tidak berkuasa melakukan apapun KECUALI dengan pertolongan daripada ALLAH..maka BAGAIMANAKAH dia dapat menyombongkan diri ???..PATUTKAH DIA BERASA DIRINYA AGUNG ???..dan LAYAKKAH dia menghina sesama hamba ALLAH???..


bahaya kedua ialah seseorang yg mendengar adanya kebenaran (hak) yg datang daripada sesiapa pon daripada kalangan hamba ALLAH , kemudian ENGGAN menerimanya..dia menunjukkan penderhakaan dan menolakya dgn acuh x acuh , maka org yg berbuat demikian x lain dan x bukan hanyalah kerana berasa dirinya tinggi dan agung..sedangkan org lain dianggapnya HINA dan KECIL sehingga dia enggan mengikuti kebenaran yg dibawanya itu..


firman ALLAH S.W.T :
maksudya : dan orang2 yang kafir berkata : " Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah ia      ( dengan nyanyian2 dan jeritan2 riuh rendah serta tepuk sorak ) supaya kamu berjaya ( mengganggu bacaan / menenggelamkan suara pembacanya )..


p/s : dapat disimpulkan di sini bahawa seseorang yg mendengar kebenaran dari sesuatu yg diucapkan oleh seseorang yg lain tetapi enggan untuk menerimanya atau membantah untuk memperoleh kemenangan dari pembantahan tersebut atau semata-mata dgn maksud hendak mendiamkan lawanya dalam pendebatan , bukan sekali-kali kerana ingin memperolehi KEBENARAN..sekalipun hujah itu dapat dikalahkan , maka org2 seperti di atas itu pun sama sahaja halnya dgn org yg membuat KESOMBONGAN..padahal dalam ayat di atas org2 yg berlagak sombong seperti itu termasuk golongan org KAFIR..termasuk golongan mereka juga seseorang yg mengingatkan ketinggian kedudukan dan pangkatnya sehingga enggan menerima peringatan dan nasihat daripada org yg dipandang rendah..


wallahu'alam....

Thursday 15 December 2011

CINTA DUNIA

salam ukhwah pembace sekalian..

entry kali ni ,aku nk berceloteh tentang CINTA DUNIA yg kita selalu DAMBAKAN....INGATLAH!!!..dunia itu hanyelah sementara tetapi AKHIRAT itu yg selama-lamanya..




" Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka ". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu ?" Nabi S.A.W menjawab , "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali , tetapi kamu umpama buih di waktu banjir , dan ALLAH S.W.T akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu , dan ALLAH S.WT akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit WAHAN." Seorang sahabat bertanya , "Apakah WAHAN itu wahai Rasulullah? ".Nabi Muhammad S.A.W menjawab, "CINTA PADA DUNIA DAN TAKUT PADA MATI ". 
(hadis riwayat Abu Daud)




p/s  :  memang benar apa yg disabdakan oleh Rasulullah S.A.W..keadaan umat ISLAM pada hari ini menggambarkan kebenaran itu..umat ISLAM walaupun mempunyai bilangan yg banyak..TETAPI..mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain..mereka DITINDAS ,DIINJAK-INJAK , DISAKITI , DIBUNUH dan sebagainya..bangsa2 dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza AGAMA , mereka tetap bersatu untuk melawan musuh dan melumpuhkan lawannya..

sebenarnya kekalahan kaum MUSLIMIN adalah berpunca daripda diri kaum MUSLIMIN itu sendiri...iaitu penyakit WAHAN...yg mana merupakan penyakit campuran dari dua unsur yg selalu wujud dalam bentuk kembar dua iaitu "CINTA DUNIA" dan "TAKUT MATI"..kedua-dua penyakit campuran itu x dapat dipisahkan .."CINTA DUNIA" bermakna rakus , bakhil , dan x mahu mendermakan harta dijalan ALLAH S.W.T ..manakala "TAKUT MATI" itu adalah leka dengan kehidupan dunia dan x mahu mebuat persiapan untuk melengkapkan diri bagi menghadapi negeri AKHIRAT  dan x ade perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama ALLAH S.W.T..sama2 lah kita menginsafi diri agar kita x leka dek kenikmatan dunia yang sementara ini..INSYA'ALLAH..

wallahu'alam..truskan membace!!! 

WARNA BANGKIT AURA DIRI

assalamualaikum dan salam ukhwah pembace sekalian...


emm..hidup kita ini mesti penuh dikelilingi oleh warna..btol kann??..emm..satu lagi..sebenarnya setiap warna yg ade disekeliling kita pon mempunyai maksud2 yg tertentu..seperti entry yg aku tulis sebelum ini iaitu perkaitan warna dengan solat..cube tanye diri kita..adakah kita mempunyai warna kegemaran yg kita amat sukai dan apakah warna tersebut????...adakah biru , merah , kuning ,  hijau atau putih??..







tahukah kita dalam kehidupan manusia , warna amat memainkan peranan penting..ini termasuklah warna yg kita lihat setiap hari sama ada warna alam semula jadi , dinding , atau pakaian yg dipakai..warna sememangnya membantu dalam menaikkan 'MOOD' dan suasana serta membangkitkan AURANYA yg tersendiri..


walaupun x diketahui secara pasti mengapa org2 menyukai warna dan kombinasi warna tertentu ???..tetapi yg jelas , setiap warna mempunyai karakter atau sifat2 yg berbeza-beza..bahkan dari dahulu lagi warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia..apa kata kita selidik RAHSIA yg ada di sebalik rona2 warna ini..jomm!!!!


MERAH 


warna ini melambangkan keadaan psikologi yg mengurangkan tenaga , mendorong cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan..warna ini juga mempuyai pengaruh PRODUKTIVITI , PERSAINGAN , dan KEBERANIAN..


MERAH TERANG  :  warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita2..sifatnya agresif , aktif , dan garang..manakala pengaruhnya berkemahuan , penuh ghairah dan dominasi..


MERAH JAMBU  :  warna ini melambangkan romantik dan feminin..warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan , penyerahan , kesempurnaan , keayuan dan kesantunan..


BIRU


warna ini melambangkan ketenangan yg sempurna..ia juga mmpunyai kesan menenangkan pada tekanan darah , denyutan nadi dan tarikan nafas..


BIRU TUA  :  warna ini melambangkan perasaan yg mendalam..bersifat konsentrasi , koperatif , cerdas , kejujuran , dan patriotik..dari segi pengaruh pula ia tenang , bijaksana , x mudah tersinggung dan mudah mendapat kawan..


BIRU MUDA  :  warna ini melambangkan kesungguhan cita2 dan penuh keazaman..sifatnya BERTAHAN , PELINDUNG , X BERUBAH FIKIRAN..manakala dari segi pengaruhnya pula , ia boleh mnjadi keras kepala , teguh , sering bangga diri dan berpendirian tetap..


KUNING


warna ini melambangkan kegembiraan..warna ini mempunyai sifat SELAMBA ,SANTAI ,  TENANG ,  dan x terkesan dengan sebarang masalah..sikap berubah - ubah tetapi penuh harapan , mempunyai cita2  setinggi langit dan semangatnya juga tinggi..


KUNING TERANG  :  warna ini melambangkan sifat yg boleh berubah dgn mendadak..sifatnya SEDERHANA tetapi unik..org yang suka warna kuning sifatnya adalah BERTOLAK ANSUR , BERHATI-HATI , dan MENONJOL..manakala dari segi pengaruhnya ,berubah-ubah sikap , berwawasan , dermawan , x mudah percaya pada org..


KELABU


warna ini menunjukkan makna yg X JELAS..x terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi..warna ini boleh disifatkan lebih kepada NEUTRAL..


COKLAT


warna ini sering kali menunjukkan ciri2 suka PERSAINGAN , X SUKA BERALAH , KURANG TOLERANSI , SUKAR BERTOLAK ANSUR , dan mempunyai PRASANGKA terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan..


HITAM


warna ini melambangkan KESEDIHAN dan KESEORANGAN..ia memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakan dan kemusnahan..


HIJAU


warna ini melambangkan adanya suatu KEINGINAN , KETABAHAN, dan KETEGUHAN HATI..mempunyai keperibadian yg tegas , berprinsip , dan berkuasa..warna ini mempunyai sifat ingin meningkatkan rasa bangga , perasaan lebih hebat dan mengatasi org lain..org yg menyukai warna ini umumnya SUKA DIPUJI ,MUDAH MENASIHATI org lain..


UNGU


warna ini adalah campuran warna merah dan biru..ia melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua warna tersebut..perpaduan antara KEINTIMAN dan KEMESRAAN , EROTIK , dan berperasaan mendalam dan PEKA..sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan POSITIF..


p/s :  hakikatnya warna menjadi kegemaran kita itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan perwatakan kita sebenarnya..bahkan menurut kajian yg dilakukan oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai auranya yg tersendiri dalam mepengaruhi personaliti dan sikap seseorang..so..pilih lah warna2 yg btol2 'sepadan' dan sesuai dengan PERSONALITI diri sendiri..


ok la..teruskan membace entry2 aku yg lain!!..   

SYUKURLAH DENGAN NIKMAT ALLAH

salam ukhwah pembace2 semua..


emm..entry kali ni aku nk berbicara tentang nikmat pemberian ALLAH yg semestinya kita syukuri..bagi mengingatkn diri aku dan anda2 sekalian yg sering alpa..mari lah kita refresh balik banyak manakah nikmat yg telah kita semua dapt??..sepuluh..seribu..seratus ribu..sejuta...berbillionnn...ohhh tidakkk!!!..ketahuilah rakan2 pembace sekalian bahawa nikmat pemberian ALLAH x terkira oleh kita semua...walaupon dgn mggunakan kalkulator secanggih mane pon di abad ini..nescaya x tercapai untuk kita mghitungnya..





x dek seorang manusia pon di dunia ini yg akan bebas daripada ujian ALLAH..adakah kita semua sedar , dengan ujian itulah maka manusia dapat menjadi makhluk yg menepati fitrahnya???..tanpa ujian2 ini nescaya manusia akan terjerumus dalam liang kehinaan..kita semua akan mengalami pelbagai jenis ujian yg berlainan bergantung kepada ALLAH S.W.T..secara logiknya , tanpa semua nikmaT dan musibah ini , x kan ada manusia yg BERSABAR , INSAF dan MENOLONG antara satu sama lain..mari kita tengok beberapa bentuk ujian yg ALLAH beri kepada hamba-Nya....


MENERIMA HADIAH TANPA MEMINTA


selagi masih ada kudrat , ISLAM menggalakkan umatnya untuk berusaha mncari rezeki yg HALAL..mengemis bukanlah cara yg terbaik untuk mengurangkan bebanan kita semua..UMAR r.a meriwayatkan bahawa : Rasulullah S.A.W bersabda : "Jika sesuatu (harta , wang hadiah) diberikan kepada kamu yg mana kamu tidak berkehendak atau memintanya maka terimalah. Jika tidak ,pedulikan ia." (sahih Bukhari)


HIDANGAN MAKANAN


apabila kita semua mendapat jemputan jamuan makan jgnlah kita sesekali merasa RAGU faktor HALAL atau pon HARAM..kita perlu berpegang kpd prinsip bahawa setiap MUSLIM itu boleh dipercayai..Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Jika salah seorang daripada kamu memasuki rumah saudara muslimnya yg lain dan dihidangkan makanan , makan makanlah dan jangan bertanya tentang hidangan itu , dan jika dihidangkan minum minumlah dan jangan bertanya tentang minuman itu." (sahih Ahmad)..semua ini bertujuan untuk kita x menyinggung perasaan tuan rumah..


MIMPI BAIK


jarang sekali kita dihadiri mimpi baik semasa tidur kann??..tapi bagi yg selalu mendapat mimpi baik , sudah pasti mendatangkn kegembiraan sepanjang harinya ..sebenarnya , sebaik sahaja sedar daripada mimpi tersebut kita hendaklah SUJUD SYUKUR kepada ALLAH S.W.T..nak tahu ape sebabnya???..diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa: Rasulullah S.A.W bersabda: " Janganlah kamu menceritakan mimpi baik yang kamu peroleh melainkan kepada orang alim ataupun orang yang dipercayai dapat memberi kamu pandangan yang baik "...


p/s: dalam hidup kita ini x pernah sekalipon kita terlepas daripada membuat DOSA dan KEMUNGKARAN kepada ALLAH S.W.T..btol kann???..biasa la kan..fitrah manusia..aku sendiri pon ntah berapa gunung dosa telah aku buat..nauzubillahiminzalik..so..sebagai seorang INSAN yang memegang title 'ISLAM'..seharusnya kita berase malu dgn dosa dan maksiat yg kita lakukan..cepat2 lah BERTAUBAT kpd ALLAH..jangan tunggu dah tua baru nk bertaubat..tersangatlah rugi rakan2 sekalian..kita pon x tau saat dan ketika manakh kita akan MATI..


YA ALLAH..AMPUNKANLAH DOSA AKU..DOSA KEDUA IBU BAPA KU..DOSA ADIK-BERADIK KU..DOSA SAUDARA MARA KU..DAN DOSA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI MAHUPUN DI AKHIRAT..amin yarabbalalamin..

Wednesday 14 December 2011

MISTERI WARNA MELALUI WAKTU SOLAT

Salam ukhwah para pembace sekalian...

untuk entry aku kali ni aku tertarik untuk share dengan anda semua tentang misteri warna melalui waktu solat..misteri ni aku dapat dari sebuah buku yg aku bace...so..nak tau ape??..sila lah bace yek..walaupon agk pnjg..mge2 diharapkn dapat menambahkn ilmu dan pengetahuan kita..satu lagi..mge2 kita dapat meneruskan ibadah solat kita tanpa ade TERTINGGAL pon..selamat membace...

setiap peralihan waktus solat sebenarnye menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan diserap melalui perubahan warna alam secara semulajadi..kenapa cuaca waktu senja berbeza dgn waktu pagi??..malahan warna yg terpancar melalui dada langit juga berbeza apabila masuk waktu solat lima waktu..kenapa ini semua terjadi??..itu adalah KEBESARAN KUASA ALLAH.. 




WARNA BIRU MUDA

sebagai contoh , pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mmpengaruhi sistem metabolisme tubuh..jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dgn penawar/rezeki dan komunikasi..mereka yg kerap tinggal waktu Subuhya ataupon terlewat secara berulang-ulang kali , lama kelamaan akan mghadapi masalah komunikasi dan rezeki..ini kerana tenaga alam iaitu biru muda x dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - erti kata lain jaga daripada tido..disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu..bermulanya saja azan Subuh , tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum..tenaga inilah yg akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud..jadi mereka yg terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yg x optimum lagi..

WARNA HIJAU

warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor..spektrum warna pada waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan dgn sistem pghadaman..warna kuning ini mempunyai rahsia yg berkaitan dgn keceriaan..jadi mereka yg selalu ketinggalan atau terlewat Zohor nya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan mghadapi masalah di perut dan hilang sifat ceria nya..

WARNA OREN

kemudian warna alam akn berubah kepada warna oren , iaitu masuknya waktu ASAR di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dgn frekuensi prostat , uterus , ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif..rahsia warna oren ialah kreativiti..org yg kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu..)..jgan lupa , tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita..

WARNA MERAH

menjelang waktu MAGHRIB , alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh org2 tua agar x berada di luar rumah..btol kan??..nak tau knape??..sebab spektrum warna pada waktu ini mghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dgn alam..mereka yg sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dulu pada waktu ini (solat maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yg boleh mengelirukan mata kita..rahsia pada waktu mahgrib atau warna merah ialah keyakinan , pada frekuensi otot ,saraf dan tulang..

WARNA INDIGO

apabila masuk waktu ISYAK , alam ini berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa KEGELAPAN..waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersaman dgn sistem kawalan otak..mereka yg kerap ketinggalan  Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan..alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya , inilah waktu tidur dalam ISLAM..tido pada waktu ini dipanggil tido delta dimana keseluruhan sistem tubuh badan kita berada dalam kerehatan..selepas tengah malam, alam ini mula bersinar kembali dengan warna putih , merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dgn frekuensi kelenjar pineal , pituitari , talamus dan hipotalamus..tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam ISLAM waktu ini dipanggil QIAMULLAIL..

p/s : begitulah secare ringkasnya perkaitan waktu solat dgn warna alam..manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yg dicipta seperti TAICHI , QI-GONG , dan sebagainya..semuanya dicipta untuk menyerap tenaga2 alam ke sistem tubuh..kita sebagai UMAT ISLAM sepatutnya BERSYUKUR kerana telah dikurniakan syariat solat oleh ALLAH S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana nak mnyerap tenaga alam ini..hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa ALLAH S.W.T mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat PENGASIH dan PENYAYANG-Nya sebagai pencipta kerana DIA tahu hamba-Nya ini amat2 memerlukan-Nya..

adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yg amat CUAI dalam mnjage solatnya..semua yg terdapat dlm alam ini adalan manfaat untuk segala makhluk2-Nya..

wallahu'alam..teroskan membace entry2 lain!!!..

TIPS SEGAR DI KULIAH

assalamualaikum dan salam ukhwah pembace2 skalian....


emm...memndangkn kite idop di alam kampus , sudah pasti kita sudah mmbuat pelbagai persedian untuk kita berjaya di bidang yg kita ceburi..btol kan..???..resepi kejayaan seseorg pelajar itu brgantung kpd sejauh mane fokus yg diberikan di dalam bilik kuliah...tetapi..trdapat satu prkare yg selalu terjadi kpd pelajar kampus tiap kali je masuk ke bilik kuliah...nak tau ape..????...haa!!..ape lagi kalu bkn...TIDO DALAM KELAS..
so,sekiranya rase mngantuk mnguasai diri , sudah pasti tumpuan dan daya fokus kita di dalam bilik kuliah x dapt kita pertahankan..btol kan..??..akhirnya..kita x dpt mgekalkn prestasi pembelajaran kita..







so , untuk entry kali ini..aku terdorong untuk share beberape tips yg mungkin boleh mghindarkn kita dari tido dlam kelas..let us see...

1) ELAK MAKAN SEHINGGA KENYANG


elakkn makan sehingga terlalu kenyang kerana proses penghadaman ade kalanye mnyebabkan kita rase cepat mengantuk


2) MINUM AIR


Banyakkan minum air bagi membolehkan oksigen masuk ke dalam badan di mana ia amat brguna untuk otak kita


3) TIDUR YANG CUKUP

sebagai pelajar yg berjaye..kita seharusnya tidur sekurang-kurangye tujuh atau lapan jam sehari..emm..ramai pelajar yg x dpt tidur dgn cukup kan...??..biaselah ,dengan assignment la..tutorial la..kuiz la..exam la..dan bnyak lagi la..tapi ape yg harus kita lakukan adelah ambil lah mase2 yg terluang untuk kita tido contohnye pade waktu sebelum zohor iaitu selepas habis kelas or selepas zohor..kalu xdapt juga..carilah waktu2 yg btol2 kita free dan ambillah mase setengah or sejam bagi nk 'backup' mase tido kita pade waktu malm juga untuk mngelakkan badan kita drpda letih..

4)  SENAMAN RINGAN

kita juga boleh melakukan beberape senaman ringan bagi mngembalikan kesegaran tubuh badan kita..dengan hanye duduk di tempat asal kita , senamam ringan boleh dilakukan dgn cara memusingkan kepala kita beberape pusingan atau merenggangkan otot-otot kita yg terase letih..

5) MENGUNYAH GULA-GULA GETAH


mengunyah gula2 getah adalah sebahagian drpd senaman mulut....so ,kita juga dpat mengaplikasikan nye iaitu dgn menguyah gula2 getah di dalam bilik kuliah sekiranye perasaan mengantuk 'MENGHANTUI' diri kita..TAPI INGAT!!!...jgn terlalu asyik mengunyah sehingga x perasan pensyarah di hadapan sedang memerhatikan tingkah-laku kita...so , pandai2 la 'COVER' yek..huhu

6) CUCI MUKA

apa salah nye jika kita meminta izin ke tandas untuk mencuci muka walaupon sewaktu kuliah sedang berjalan..daripada kita teros menahan rase mgantuk , adalah lebih baik nye kita melakukan sesuatu untuk kembali fokus di dalam bilik kuliah..

7) MAKSIMUMKAN KOMUNIKASI


jika kita berase terlalu mengantuk , apa kata kita wujudkan komunikasi dua hala di antare pensyarah...mungkin kita boleh beri soalan2 berkaitan topik perbincangan kepade pnsyarah tersebut..tapi bagi yg malu nk bertanya..cuba2 lah bercakap dgn rakan2 kita di sebelah..TAPI INGAT!!!...jgn sampai mgganggu konsentrasi rakan kita pula..ini boleh menimbulkan rase marah..so , cari waktu yg sesuai or amalkan lah tips2 lain seperti di atas..


ok la..ni la sebanyak sedikit yg aku dpt kongsikan kpd korg semua tentang macam mane nk elak dripada tido dlam kelas semase kuliah sedang di jalankan...so , jika korg ade ape2 tips untuk elak daripda rase mgantuk dalam bilik kuliah..mohon share2 lah dgn memberi komen di bawah ni yek...bukan ape..untuk kepentingan dan kejayaan bersame jugak..


ok..truskan  membace yek..peace :)

Tuesday 13 December 2011

TANPA SAHABAT HIDUP SUNYI SEPI

Salam ukhwah pembace sekalian..


emmm...untuk entry aku kali ni , aku nk berkongsi cket la tentang SAHABAT..sudah menjadi lumrah kehidupan untuk kita saling kenal-mengenali antare satu sama lain kan,,so, kawan atau sahabat merupan elemen penting yg mesti ade dalam mewarnai kehidupan kita..btol x???..






Sahabat antare insan yg paling dekat dgn kita..apabila kita berhdapan dengan seorg sahabat , sudah mesti kita mmpu berkongsi apa saje..x dek rase langsung perasaan malu , segala rasa akan dikongsi bersama , x kira sedih ataupon gembira..btol kan??..huhu...


tetapi..mnjadi sahabat kpd seorg insan biarlah berlandaskan kejujuran , jgn sesekali wujud ape2 sekalipon penipuan..pastu menjadi sahabat juga biarlah yg mndatangkan kebahagiaan , bkn hanye membawa beban..
namun biar siapa pun sahabat kita ,terimalah mereka seadanye..


percayelah!!!..tanpa sahabat hidop kita akan sunyi..andai ade yg salah , tegurlah dgn penoh berhemat..jgn hentam seberono jek..hehe..so,,mari kita renungkan beberape situasi ni..pernah x kita mengalaminya???


pertama :  Kita Pon Same Saje!!


x perlu untuk kita anggap sahabat itu memberikn bebanan kpd kita..kita pon ape kuragnye , ade mase kita juga terlupa yg kerenah kita memberi beban buat sahabat kita..secare sedar ataupon xsedar , sume tu adelah lumrah dalam sebuah persahabatan..


kedua:  Soal Kembali??


sekiranye seorang sahabat pernah menyusahkn kamu , cuba kamu imbas kembali..tidak pernahkah sekali kamu menyusahkan dirinya???..pikir-pikirkanlah!!..


ketiga:  Ukhwah


biarpon sahabat kita sering kali membawa beban kpd idop kita..INGATLAH!!..jgn sesekali kita memutuskan persahabatan dgannye..nak tau knpe??..kerana uhkwah itu terjalin dengan kehendak ALLAH S.W.T...


keempat:  Bukan Bebanan


mungkin dlm idop kita ni , kita penah didatangi dgn seorg sahabat yg terlalu bnyak masalah..mulalah kita berase rimas dan terbeban untuk mndengar segala luahan rasenye yg mungkin ade kalanye terlalu remeh dan berulang kali..namun PERCAYELAH...itu bukan bebanan untuk kita ,tapi itulah ruang yg paling brharge untuk kita lebih mngenali sahabat tersebut..


kelima:  Doa


kalau benar dia sahabat yg menyusahkn dan terlalu bnyak membawa beban , jgnlah kita mengumapat dan mengeji sahabat kita tu dari belakang..tapi..ikhlaskn lah hati berdoa pada ALLAH moge kita diberikan kekuatan dan kesabaran untuk terus bersahabat dgnnye serta berdoa moga dia mampu mnjadi sahabat yg akn membahagiakan kita kelak..sape tahu kann???


p/s:  sume manusia dalam dunia ni mane ade yg sempurna kann??..so , berkawan lah dgn semua org..OPPPSS!!!..jgan lpe untuk kita pandai memilih kawn..jgan sampai kita yg sengsare nanti..


ok la..smpai disini dulu la perkongsian aku..teruskn membace entry2 aku yg lain ek....peace :)

ADAB-ADAB ISLAM YANG KIAN DILUPAKAN

assalamualaikum n salam perpaduan pembace skalian...

Korang sume msti da tau kan tentang adab2 yg diajar di dalam islam tetapi ade gak yg 'terlupa' untuk mengamalkn nye...So , untuk entry aku kali ini aku nak buat refreshing cket la tentang perkare2 biase 
yg kita lakukan tapi MESTI  dilakukan dgn beradab..





ADAB MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT

 1)  Menyingkatkan perbualan  - jika x terlalu penting maka amatlah digalakkn untuk kita menyingkatkn perbualan antare kite dgn org lain yg kite talipon bagi mngelakkan pembaziran duet aka kredit..

2)  Batasan perbualan  -  janganlah berbual terlalu lame hingga melibatkan umpatan atau perkara 'seangkatannya' yg dilarang sama sekali oleh islam..

3)  Tidak menyusahkan org lain  -  apabila kita tepon seseorang pastikan ianya menepati masa da x mngganggu mereka...pastu jika tersalah nombor , cepat2 la mintak maap supaye x menimbulkan rasa x puas ati kpda org yg korg talipon tu..

ADAB APABILA DIPUJI ORANG

1)  Bersyukur  -  sentiaselah bersyukur kpda ALLAH kerna mngurniakan kpd kita wajah yg 'handsome' dan 'cantik'...tapi..jganlah pulak berlagak SOMBONG dengan kelebihan tersebut kerane ia hanyelah sementare je kwn2 yek (nada sindir)..

2)  Rendah diri  -  tundukkanlah wajah anda apabila org puji dan sentiasa rendah diri apabila tiap kali kita diberikn pujian ..nk tau knape???..x  bagi korg terlalu 'perasan' dgn pujian yg diberi dan bagi mngelakkan daripada timbulnye perasaan riak dan ujub (bangga diri) yg amat2 ditegah oleh agama islam..

ADAB KETIKA SAKIT

1)  Ujian daripada ALLAH  - jgnlah kita merungut atau mengeluh dengan sakit yg kita terima..tapi YAKINLAH bahawa ujian dari ALLAH itu ade hikmah disebaliknye..

2)  Bersabar  -  sebenarnye ALLAH mendatangkan kesakitan atau ujian kpd hambanye bkn lah bertujuan unuk menghukum atau mendera hamba-Nye..tetapi untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita..so , lpas ni kalu kita sakit ,jganlah cepat2 marah yek..

3)  Berusaha  -   jganlah cepat putus asa..tetapi berusahalah melawan atau mengubati penyakit yg kita hadapi itu kerana PERCAYALAH dan YAKINLAH bahawa setiap penyakit itu ADE UBATNYE..kita mestilah sentiasa mengingati ALLAH dan tidak menyalahkan-Nya kerana kesakitan yg kita tanggung.

ok la...itula cket sebanyak adab2 yg seringkali kita lupa atau buat2 lupa yg dapat aku kongsikan kat korg..mudah-mudahan dgn adab2 yg kita amalkn tersebut dapat membuatkn diri kita bahagia dan 'happy' sepanjang mase...dan satu lagi yg penting..agar amalan kita tersebut DIBERKATI dan DIREDHAI oleh ALLAH S.W.T...insyaALLAH..




truskanlah mmbace entry yg berikutnya!!!..peace :)   

Monday 12 December 2011

WASIAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA UMAT BAGINDA

salam ukhwah sekalian..
entry kali ni aku nk mengingatkan sekalian pelusuk manusia termasuk diriku yg daif dan jahil ni tentang beberape wasiat yg telah ditinggalkan oleh Nabi yg sangat kita cintai ..Nabi Muhammad S.A.W..mge2 dapat dijadikan pedoman dan panduan dalm menyelusuri bumi Allah S.W.T yg amat2 luas ini..





Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. 


Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 

Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. 

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. 

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu.

 Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. 

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. 

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. 

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU. 

p/s :  adakah kita masih egat tarikh nabi yg kita cintai ini??..berapa bnyak kalikah kita bersalawat ke atas baginda S.AW??..adakh kita masih mengikuti sunnah yg telah ditinggalkn kpd kita??..oh!!!..amat rugi sekali jika kesemua soklan di atas memberatkn hati dan lidah kita untuk mengatakn .."YA"..
 wahai Rasulullah S.AW..aku amat merindui mu..ya nabi allah..aku amt menantikn kehadiran mu dlm mimpiku..masukknlah daku di antara org2 yg mendapat syafaatmu ya rasulullah...


ya allah..ampunila dosa2 ku dari sekecil-kecil zarah sehinggalah sebesar- besar dosa yg telah aku lakukan..ampunilah juga dosa2 seluruh umat manusia di dunia ini terutama dosa2 org2 yg telah memperjuangkan agamamu di jaln yg telah engkau redhai..amin yarabbalalamin..
aku copy n paste wasiat nabi ni kat klik disini..


troskanlah membace!!