Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Wednesday 14 December 2011

MISTERI WARNA MELALUI WAKTU SOLAT

Salam ukhwah para pembace sekalian...

untuk entry aku kali ni aku tertarik untuk share dengan anda semua tentang misteri warna melalui waktu solat..misteri ni aku dapat dari sebuah buku yg aku bace...so..nak tau ape??..sila lah bace yek..walaupon agk pnjg..mge2 diharapkn dapat menambahkn ilmu dan pengetahuan kita..satu lagi..mge2 kita dapat meneruskan ibadah solat kita tanpa ade TERTINGGAL pon..selamat membace...

setiap peralihan waktus solat sebenarnye menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan diserap melalui perubahan warna alam secara semulajadi..kenapa cuaca waktu senja berbeza dgn waktu pagi??..malahan warna yg terpancar melalui dada langit juga berbeza apabila masuk waktu solat lima waktu..kenapa ini semua terjadi??..itu adalah KEBESARAN KUASA ALLAH.. 




WARNA BIRU MUDA

sebagai contoh , pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mmpengaruhi sistem metabolisme tubuh..jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dgn penawar/rezeki dan komunikasi..mereka yg kerap tinggal waktu Subuhya ataupon terlewat secara berulang-ulang kali , lama kelamaan akan mghadapi masalah komunikasi dan rezeki..ini kerana tenaga alam iaitu biru muda x dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - erti kata lain jaga daripada tido..disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu..bermulanya saja azan Subuh , tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum..tenaga inilah yg akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud..jadi mereka yg terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yg x optimum lagi..

WARNA HIJAU

warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor..spektrum warna pada waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan dgn sistem pghadaman..warna kuning ini mempunyai rahsia yg berkaitan dgn keceriaan..jadi mereka yg selalu ketinggalan atau terlewat Zohor nya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan mghadapi masalah di perut dan hilang sifat ceria nya..

WARNA OREN

kemudian warna alam akn berubah kepada warna oren , iaitu masuknya waktu ASAR di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dgn frekuensi prostat , uterus , ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif..rahsia warna oren ialah kreativiti..org yg kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu..)..jgan lupa , tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita..

WARNA MERAH

menjelang waktu MAGHRIB , alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh org2 tua agar x berada di luar rumah..btol kan??..nak tau knape??..sebab spektrum warna pada waktu ini mghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dgn alam..mereka yg sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dulu pada waktu ini (solat maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yg boleh mengelirukan mata kita..rahsia pada waktu mahgrib atau warna merah ialah keyakinan , pada frekuensi otot ,saraf dan tulang..

WARNA INDIGO

apabila masuk waktu ISYAK , alam ini berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa KEGELAPAN..waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersaman dgn sistem kawalan otak..mereka yg kerap ketinggalan  Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan..alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya , inilah waktu tidur dalam ISLAM..tido pada waktu ini dipanggil tido delta dimana keseluruhan sistem tubuh badan kita berada dalam kerehatan..selepas tengah malam, alam ini mula bersinar kembali dengan warna putih , merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dgn frekuensi kelenjar pineal , pituitari , talamus dan hipotalamus..tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam ISLAM waktu ini dipanggil QIAMULLAIL..

p/s : begitulah secare ringkasnya perkaitan waktu solat dgn warna alam..manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yg dicipta seperti TAICHI , QI-GONG , dan sebagainya..semuanya dicipta untuk menyerap tenaga2 alam ke sistem tubuh..kita sebagai UMAT ISLAM sepatutnya BERSYUKUR kerana telah dikurniakan syariat solat oleh ALLAH S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana nak mnyerap tenaga alam ini..hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa ALLAH S.W.T mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat PENGASIH dan PENYAYANG-Nya sebagai pencipta kerana DIA tahu hamba-Nya ini amat2 memerlukan-Nya..

adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yg amat CUAI dalam mnjage solatnya..semua yg terdapat dlm alam ini adalan manfaat untuk segala makhluk2-Nya..

wallahu'alam..teroskan membace entry2 lain!!!..

No comments:

Post a Comment