Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Wednesday 14 November 2012

Perubahan Tahun baru Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum pembaca2 setia..

Alhamdulillah, kita panjatkan syukur setinggi-tingginya kpd Allah SWT di atas segala nikmat dan kurniaan yang kita perolehi pada tahun ini dan tahun2 sebelumnya. Jikalau nak dihitungkan nikmat yang telah diberikan Allah nescaya kita tidak mampu untuk membuat sedemikian. Kepada pembaca sekalian, kali ni saya ingin berceloteh sedikit tentang azam yang telah kita ikrarkan ataupun nukilkan iaitu sama ada ianya
telah terlaksana ataupun tidak..

Saudara/i sekalian, setiap tahun pasti dan pasti kita akan menukarkan matlamat dan juga target yang kita akan capai pada tahun tersebut atas sebab bergantinya tahun itu kpd tahun yang baru. Tidak kiralah sama ada matlamat yang ingin dilakukan itu besar ataupun kecil. Akan tetapi, yang menjadi persoalannya, ~Adakah segala matlamat dan target yang kita ingin sasarkan pada tahun2 sebelumnya sudah kita capai ataupun telah terlaksana???...

HAAA!!!!..Oleh yang demikian, saya ingin mengajak saudara/i yg saya kasihi untuk kita menilai semula tahap percapaiaan matlamat yang telah kita buat sepanjang tahun tersebut..adakah ia sudah mencapai tahap 100% ataupun lebih malang hanya sekadar kata-kata matlamat yang hanya ditulis sebagai perhiasan dan kemudian diletakkan di dinding bilik tidur sahaja..

Oleh itu, suka saya mengingatkan diri saya dan saudara/i sekalian akan matlamat yang kita bakal coretkan untuk tahun baru yang akan kita tempuhi sekarang ini..cuba kita letakkan target yang mampu untuk dicapai   dan saya tidak katakan tidak boleh untuk meletakkan target yang kita rasa susah untuk dicapai oleh kemampuan diri kita..tidak sama sekali..boleh letakkan target sedemikian, akan tetapi letaklah ia sebagai senarai target yang 'terbawah' sekali..utamakan dahulu misi matamat yang kita rasa mampu untuk dicapai dalam tempoh masa yang telah saudara/i tetapkan.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai kata tulisan dan nurkilan yang saya coretkan di blog ini ada mengguris perasaan saudara/i sekalian..sama-samalah kita manfaatkan masa yang Allah berikan ini dengan melakukan segala perkara yang Allah suruh dan meninggalkan segala yang Allah larang..

Wallahu'alam...=)  

Tuesday 26 June 2012

Persediaan Sebelum Melangkah Ke Alam Pekerjaan

Salam ukhwah pembaca yg saya hormati..

sudah lama x menulis rasenya..pada entry kali ni saya saja mahu share something tentang persediaan kita sebagai seorang remaja sebelum kita semua melangkah ke alam pekerjaan..

Alhamdulillah Allah SWT telah memberi saya pengajaran yang cukup bermakna..mana tidaknya..seingat saya,  time saya sekolah menengah dahulu..umi dan abah saya selalu berpesan..belajar rajin2..sekarang ni ramai dah orang menganggur..zaman ni nak masuk universiti memang mudah..x macam dulu..tapi bila sudah habis belajar..x dapat2 juga kerja yang diinginkan..apakah sebabnya???..saya mula berfikir sejenak..Ahhhh!!..dalam hati saya pada waktu itu..saya x ambil endah sangat...naluri kecil ni berkata..aku lambat lagi masuk universiti..

tup2..masa sudah pantas berlalu..sekarang saya sudah pun ingin melangkah ke alam "degree"..sungguh tidak disangka..jikalau diizinkan Allah..mahu saja saya memutarkan balik masa supaya ingin belajar betul2 time spm..maklumlah..result spm tidak seberapa..x seperti yang diharapkan...tapi dari sudut positif..saya amat bersyukur..Alhamdulillah..apa pengajaran yang saya boleh ambil dari kisah seorang kawan saya ni..saya akan kongsikan bersama..insyaALLAH..

rakan saya seorang pelajar jurusan kejuruteraan a.k.a budak engineering..akan tetapi..selepas graduat..still x dapat2 lagi pekerjaan..walaupun sudah banyak kali pergi interview..tapi still xdek peluang..pendapat saya..mungkin ALLAH SWT mahu menguji dia..dari kisah nya..saya mula berfikir seketika..walaupun kita belajar tinggi2..x kiralah apa2 bidang pon..kenapa still x dpat kerja lagi kan..walaupun bidang yg kita ceburi tu adalah salah satu bidang yang profesional..so, pengajaran yang saya dapat daripdanya adalah :


1) Belajarlah sesuatu ilmu itu sedalam-dalamya... Janganlah hanya untuk lulus periksa sahaja. Pastikan segala yang kita belajar tu benar2 kita faham. Bukan apa..senang untuk menjawab soalan2 yang bakal ditanya apabila kita di'interview' ataupun semasa ingin menjawab soalan bertulis.

2) Ubahlah penampilan diri... Jangan hanya tahu belajar sahaja, tidak mahu menyertai apa2 aktiviti yang dijalankan oleh pihak universiti atau pihak kolej. Ramai yang pergi interview, tetapi tidak juga lepas.Bukan sebab tidak pandai,tapi x berketerampilan. Maklum saja lah, mana ade syarikat besar yg mahu pekerjanya seorang yang lemah da tidak ada daya saing kan??..

3) Bersedialah selalu...Sebelum pergi interview tu, buatlah preparation yang secukupnya..Jangan rasa diri ni 
dah ckup 'terror' walaupon CGPA yang kita perolehi mmg agak cemerlang..Masakan Allah SWT nak beri kepada kita sesuatu yang kita sendiri x usahakan untuk mendapatkanya bukan??..   

p/s: pesanan untuk diri ni yang serba serbi kekurangan..syukran kerana membaca..moga Allah SWT memberi manfaat daripda pembacaan saudara/saudari..InsyaALLAH..=)



Sunday 20 May 2012

PTPTN vs MAHASISWA

selamat datang kepada pembaca yang dikasihi sekalian.. :)

emm..entry kali ni..saya ingin berkongsi isu yang sering kali melibatkan mahasiswa seluruh negara..dan baru2 ini, isu ini telah pun dibangkitkan oleh "SEGELINTIR" mahasiswa..bukan semua yek..isu nya adalah tentang PTPTN.. 

pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak memihak kepada mana2 parti politik yang ada di Malaysia ini..hal ini kerana isu PTPTN ini telahpun dipolitikkan oleh segelintir masyarakat..dan akhirnya mencetuskan kebangkitan Mahasiswa di beberapa buah Universiti di negara ini..jadi disini, saya ingin meminta kepada pembaca memahami dengan MATA HATI akan satu artikel yang telahpun dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia(HTM) tentang isu PTPTN ini..saya hanya memetik beberapa petikan daripda artikel tersebut yang mana kita sebagai seorang mahasiswa dapat mengambil iktibar daripada nya .insyaALLAH..

" Jangan kita terpengaruh dengan tindakan segelintir bekas pelajar yang tercicir universiti yang pencapaian akademiknya tercorot, rendah disiplin dan tidak berminat belajar untuk melalak di jalanan. Mereka adalah bekas mahasiswa yang digantung atau dibuang dari pengajian. Mereka ini terpaksa menanggung hutang PTPTN. Kerana tidak mampu membayar, mereka menghasut rakyat turun ke jalanan memperjuangkan penghapusan PTPTN supaya mereka tidak perlu membayar hutang-hutang mereka. Sungguh keji!

Apa akan jadi pada ekonomi negara jika semuanya percuma, redhakah pembayar cukai membiarkan wang mereka disia-siakan oleh mahasiswa2 pemalas ini? Ibu bapa mereka berdoa siang malam agar anak2 mereka berjaya, namun harapan mereka disia-siakan oleh anak2 derhaka ini. Bagaimanakah negara mahu melahirkan barisan mujahid berilmu jika ramai mahasiswa gagal akademik lantaran sibuk berdemonstrasi sedangkan mahasiswa KAFIR sibuk menelaah ilmu hingga cemerlang dan berjaya mendapat kerja, PTPTN mereka pun menjadi BIASISWA.!"

emm..pada pendapat saya..saya memang setuju dengan artikel ini..jika kita perhatikan, mahasiswa yang terlibat dengan demonstrasi ini kebanyakannya orang Melayu kita sendiri..maaf saya katakan..ini memang benar..mahasiswa yang bukan beragama Islam langsung tidak terpengaruh dan mungkin ada dalam kalangan mereka langsung tidak ambil tahu tentang isu ini..yang mereka tahu hanyalah belajar..belajar..dan belajar..malah pemberian PTPTN ini mereka jadikan satu pemangkin semangat supaya mereka dapat berjaya dalam pelajaran mereka..malahan memang sudah terbukti bahawa mereka inilah yang selalunya mendapat anugerah dekan di Universiti mereka..kemana hilangnya BANGSA MELAYU..

AYUHLAH MAHASISWA MELAYU yg cemerlang sekalian..marilah kita bangkit dan berjuang mempertahankan kedudukan Melayu di negara ini yang saya rasa makin hilang dek kerana dimonopoli oleh orang bukan Islam..jangan hanya provokasi oleh pihak tertentu terhadap sesuatu isu, kita sudah melenting dan terus membantah tanpa soal selidik terlebih dahulu..gunakan otak genius yang ALLAH SWT beri ini untuk memikirkan solusi yang lebih profesional dengan tidak menyusahkan mana2 pihak..

itu sahaja yang ingin saya kongsikan kepada pembaca2 sekalian..mohon maaf sekiranya terdapat mana2 pihak yang tersinggung dengan penulisan saya ini..ini hanyalah sekadar pandangan seorang manusia biasa sahaja..

teruskan membaca entry2 saya yang lain.. :)

Thursday 17 May 2012

KAWAN VS SAHABAT

salam ukhwah pembaca sekalian...

entry kali ini saya ingin memberikan sedikit pendapat tentang perbezaan antara perkataan SAHABAT dan juga KAWAN..emm..agak2 nye la..ape yg bezanya yek..ini adalah pendapat sendiri..yg pakar2 dalam bidang bahasa..saya mntak maaf awal2..ini adalah tafsiran dan kajian sendiri..huhu..teruskan mmbaca..:)

Alhamdulillah..ALLAH SWT masih mminjamkan lagi kpd kita nyawa dan plbagai lagi nikmat..BESYUKURLAH rakan2 sekalian bcoz sekiranya ALLAH SWT menyuruh hamba-hambanya membayar balik pemberiaan kurniaannya..mmg x terbayar oleh kita..oleh itu..saya mngajak para pmbace sekalian untuk berfikir sejenak..x lama hanya 2 atau 3 minit sahaja..fikirkan tentang segala nikmat yg telah kita dapat..sama ada nikmat tersebut kita dapat secara kita sedar ataupon x sedar..MASYAALLAH..mmg tidak terhitung oleh kita kan..so, bersyukurlah wahai sahabat2 ku sekalian..hidup ini tidak lama..hanya sementara sahaja..perbanyakkan lah ibdah kpd ALLAH SWT  dan sama2 lah kita mncari keredhaan ALLAH..insyaALLAH..

emm..agak2 nye la kan..perbezaan antara perkataan SAHABAT dan juga KAWAN mungkin berbeza dari segi perkataan je kot...ini adalah pendapat bagi mereka yg hanya melihat perkataan tersebut melalui mata sahaja tanpa mendalami maksud disebalik perkataan tersebut itu sendiri..

bagi saya..SAHABAT dan juga KAWAN mmpunyai maksud nya yg tersendiri..kalau kita bercakap tentang kawan, mungkin ramai akan ckp bahawa  'saya mmpunyai ramai kawan'..akan tetapi..brapa ramai yg akan cakap..'saya mempunyai ramai sahabat..mesti anda terasa kn perbezaan di antara dua perkataan tersebut..
jadi, bagi pendapat saya..ramai dlam kalangan kita yg mmpunyai ramai KAWAN..akan tetapi tidak ramai yg mempunya ramai sahabat..kenapa agaknya ya???..

perkataan KAWAN hanyalah istilah biasa yg sering kita gunakan iaitu untuk menunjukkan bahawa org tersebut adalah kawan kita ataupon sebagainya..TETAPI..perkataan SAHABAT pula berbeza kerana sahabat hanya boleh digunakan kpd seseorg yg amat2 memahami dan menolong kita tidak kiralah samada kita dalam keadaan senang mahupun susah..bagi kawan pula..mereka hanya tempat mengisi kekosongan hidup kita dan mereka akan pergi begitu sahaja dikala kita susah dan apabila senang merekalah yg selalu menemani hidup kita..

'Sebaik-baik SAHABAT disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya..(H.R al-hakim)

setelah mmbaca hadis ini jelaslah kpd kita bahawa sahabat merupakan insan yg benar2 memahami dan sanggup bersusah payah demi kita semata-mata ingin melihat kita bahagia..apabila berbicara tentang sahabat..kita boleh gambarkan bahawa apabila melihat wajahnya , mengingatkan kita kepada kematian..apabila mendengar kata-katanya, menambahkan ilmu agama kita..dan apabila melihat gerak-gerinya..mendekatkan kita kpd ALLAH SWT..

ALLAH ciptakan makhluk ini berpasang-pasangan..seperti juga makhluk yg bergelar manusia..manusia tidak dapat hidup bersendirian serta tidak boleh lari daripda berkawan dan menjadi kawan..btol kann???
akan tetapi, sekiranya ada manusia yg tidak suka berkawan serta melarang kita untuk berkawan...manusia ni boleh dikategorikan sebagai manusia yg tidak normal, ganjil dan tidak memenuhi ciri2 manusia normal..

sebenarnya ISLAM amat menitik beratkan soal berkawan kerana hubungan persahabatan adalah hubungan yg mulia..seseorang sahabat memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang individu selain daripada keluarga kita..di dalam dunia ini, ade kawan yang sanggup bersusah payah demi melihat kita bahagia dan ade juga kawan yg hanya nmpak mukanya semasa senang dan mereka ini hanya sanggup berkongsi kegembiraan saja..

dipendekkan cerita..seseorang sahabat/kawan itu memainkan peranan penting dalam mencorakkan hidup kita..sekiranya kita TERSALAH memilih kawan..akhirnya kita yg akan merana dan menerima padah atas pilihan kita itu..-berkawan dengan sahabat yg baik umpama minyak wangi, sekiranya kita berkawan dengannya kita akan mendapat percikan daripda wangiannya..tetapi sebaliknya..berkawan dengan tukang besi..tidak dapat tdak kita sendiri yg akan terkena percikan api yg boleh mencarikkan baju kita-..

p/s: bagi REMAJA2 diluar sana..berhati-hatilah dalam memilih kawan..pastikan kawan yg kita pilih itu bukanlah hanya sekadar kawan yg mana hnya bersama kita dikala kita senang akan tetapi kawan tersebut merupakan sahabat kita yg mana akn setia bersama kita dikala kita senang mahupon susah..moga ALLAH SWT memberikan kita SAHABAT yg boleh mmbawa kita ke SYURGA..amin..insyaALLAH..

teruskan lah membace...=)

Wednesday 16 May 2012

KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR ASASI

Salam uhkwah fillah pembace sekalian..

pada entry kali ini,saya ingin mengukir seribu satu kenangan pahit + manis sesudah setahun pengajian asasi saya di sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia..UNIMAS GEMILANG..:)
entry kali ini saya khaskan untuk semua member2 saya di asasi samada pelajar hayat ataupon fizikal..
segala pengalaman pahit dan manis ini saya akan tulis ape yg terlintas dan tersimpan rapi di kotak pemikiran yg ALLAH SWT kurniakan ini..rase2 nye jika mahu coretkn segala pengalaman dalam sebuah blog mmg tidak cukup kan..btol x??..btol..btol..btol..(nada upin-ipin)..huhu..kepada rakan2 yg mengenali diri ini dan sama2 berjuang di Asasi UNIMAS..saya ucpkn TAHNIAH dan SYABAS kerana kita antara INSAN yg dipilih ALLAH SWT untuk belajar di ASASI..so, xdek istilah TERSALAH masuk ataupon PILIHAN mak ayah..INGATLAH rakan2 ku sekalian..sesungguhnya ALLAH SWT sahaja yg tahu apa yg TERBAIK UNTUK DIRI kita..jadi BESYUKURLAH!!!

emm..kat bwh ni,saya akan mencoret sedikit jadual harian saya sebagai seorg pelajar asasi..inilah jadual harian kehidupan pelajar asasi di UNIMAS dan bagi universiti lain, saya tidak tahu bagaimana..so,renungkan2 lah yek..

5.15-6.30 am
-bangun TIDO n solat subuh (waktu di Sarawak)

6.30-7.30 am
-persiapan ke kuliah

8.00-10.00 am
-kuliah bermula

10.00-10.30 am
-break sekejap untuk sarapan or whatever

10.30 am-12.30 pm
-smbung semula kuliah

12.30-2.00 pm
-aktiviti bebas (solat,tido..etc)

2.00-4.00 pm
-kuliah, lab, teknik berfikir(last bagi asasi 2nd batch,3rd batch da xdek..untung la..), program based learning(pbl), information technology-IT(subjek last jugak bagi asasi 2nd batch)..etc..

4.00-7.00pm
-akitiviti bebas (sukan or whatever)

7.00-8.30 pm
-solat maghrib + solat isyak  (waktu Sarawak)

8.30-sehingga subuh pagi esokkn nye
-aktiviti bebas (group discussion, study, revision..etc  

wah!!..mase 'agak' pack or PADAT kan..tapi, percayalah rakan2..mase itu sebenarnya TERSANGATLAH panjang dan BERUNTUNGLAH bagi sesiapa yg pandai manage n menghargai mase tersebut..

emm..mula2 sebelum masuk asasi, saya ingatkn kehidupan di asasi ini seperti kehidupan di sekolah..ade sistem masa yg menggerakkan kita (macm jadual belajar di sekolah dulu2 especially yg tinggal di hostel)..rupa2 nya tidak..segala2 nya bebas sebebas-bebasnya..(cewah ayat)..huhu..segala nye bergantung kepada pelajar untuk menguruskan masa mereka sendiri..alhamdulillah la..setelah 5 tahun hidup independent di asrama..sik da menjadi halangan kepada kamek untuk menguruskn kehidupan sendiri..(opps..terckp bahasa sarawak la plak)..hehe..

ASASI atau MATRIK????..persoalan ini sering bermain di benak fikiranku..ade yg kata asasi best la..matrik x best..matrik best la..asasi x best..HAKIKATNYA..setelah hampir setahun belajar..barulah ku tahu bahawa belajar di asasi tidaklah semudah yg disangka..mcm sekolah dulu kn..kita asyik dan asyik DISUAP oleh cikgu2 kn..segala latihan dan revision akan diatur dan diberikan kpd pelajar..tapi diasasi..jgan haraplah weh...independent kot..sape yg rajin bertanya + bnyak buat revision..merekalah yg akan kehadapan dan cemerlang..huish!!..kadang2 saya ade mengeluh jugak kn..walaupon dah belajar..tapi x jugak mncapai ape yg di 'target'..biasalah manusia mana ade yg sempurna...

tapi INGAT rakan2 ku sekalian..ilmu itu x akan dapat diperolehi melainkan KITA yg pergi mencarinya..so, bagi sesape yg rase2 lambat nk serap ilmu dan ape yg diajar..cepat2lah berjumpa pensyarah or kwn2 yg lebih TAHU yek..(mengingatkan diri ini yg jarang bertemu lecturer dan bertnya)..jgn jdi BODOH SOMBONG kwn2..last2 sekali kita yg terkena padah..adush!!!pedih nye ayat ni..(semua terkena ke muka sendiri)..hehe..jngan risau..kpd diri ini dan membe2 yg tidak mencapai ape yg diharapkan..kita semua masih dan masih diberikan berjuta n berbillion peluang oleh ALLAH SWT untuk mmperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yg ade pada diri..so..jgn cepat PUTUS ASA...

berusahalah smpai kita betol2 capai kepuasan yg x terhingga atas hasil usaha kita..(teringat pulak pengalamn dulu2 kn..)..lambat atau cepat pemberian ALLAH SWT, bukan urusan kita..kita hanya mmpu MERANCANG dan ALLAH SWT yg menentukan sama ade kita layak ataupon tidak layak..biasalah la kn belajar..mane ade manusia yg hanya goyang kaki boleh capai kejayaan..

Jom kita tgok gmbar spnjg aktiviti yg saya sertai sepanjang bergelar pelajar ASASI UNIMAS..:)


haha..ini lah rakan2 Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seroja sesi 
2011/2012

kenangan bersama Paie (jpk Asasi)


ini semasa Minggu Aluan Pelajar..biasalah..ade aktiviti gotong-royong


1st time berbasikal dekat UNIMAS..petang2 boleh lah pinjam basikal untuk bersukan


haha..ni time mula2 masuk asasi..biasalah..round2 Bandar Kuching..best kot.. :P


emm..ni time REHLAH anjuran ISMA Sarawak..trip ke Kubah National Park


haha..pengalaman berharga dapat time REHLAH..best tu masak ikan sardin + nasi


pengalaman yg tidak dapat dilupakan..MUKHAYAM bersama ikhwah ISMA Sarawak di Lundu..
pengalaman berjalan dalam hutan hnya 5 org lebih kurang pukul 11 malam..seram betol!!


haha..ini la Family Hayat 1..semua benda kami harungi bersama..
terima kasih kawan2..


emm..kenangan bersama my beloved pbl's members..
ni time field trip ke Kubah National Park bagi semua pelajat Sains Hayat..
(nu'man,clarence,zafran.nisa',fatimah,husna,wana,zakiyah n mimi)
madame Mardiyah selaku lecturer pengiring.


haha..ni time trip ke Fakulti Perubatan Unimas yg terletak di Kuching


minggu keusahawanan bagi PRS
PRS 4 (Fantastic 4)


haha..ni time hari sukan PRS


emm..kenangan bersama Kumpulan Al-Maulid (anggota kumpulan VE + ruffedge) 
dan kumpulan Majdan..bersama rakan2 jpk,felo dan pengetua kolej
-UNIMAS Berselawat-


kenangan bersama ahli usrah ISMA Asasi


malam DINNER Asasi bersama rakan2 seperjuangan


haha..bersama roommate yg banyak membantu
saudara Siddiq..
thanks bro!!


p/s: bagi adik2 yg ingin sambung belajar x kiralah asasi ke, matrik ke or STPM ke..perkara yg perlu anda ingat adalah..belajar sesuatu ilmu itu sedalam-dalam nya..jgan hanya belajar sekadar ingin lulus periksa atau sebagainya..dalamilah ilmu ALLAH SWT yg luas ini dan prktikkn demi untuk membangunkn BANGSA dan AGAMA kita..kongsilah segala ilmu yg diperolehi kpd org yg tidak mengetahui seperti sabda NABI MUHAMMAD SAW 'sampaikanlah ilmu itu walaupon satu ayat'..insyaALLAH..mengingatkan jua diri yg jahil dan daif ini..:)

ukwah fillah pembace sekalian..teruskn mmbaca entry2 menarik yg akn dtg..:)