Social Icons

Muhammad Khairulanam Bin Zakaria

Pages

Tuesday 26 June 2012

Persediaan Sebelum Melangkah Ke Alam Pekerjaan

Salam ukhwah pembaca yg saya hormati..

sudah lama x menulis rasenya..pada entry kali ni saya saja mahu share something tentang persediaan kita sebagai seorang remaja sebelum kita semua melangkah ke alam pekerjaan..

Alhamdulillah Allah SWT telah memberi saya pengajaran yang cukup bermakna..mana tidaknya..seingat saya,  time saya sekolah menengah dahulu..umi dan abah saya selalu berpesan..belajar rajin2..sekarang ni ramai dah orang menganggur..zaman ni nak masuk universiti memang mudah..x macam dulu..tapi bila sudah habis belajar..x dapat2 juga kerja yang diinginkan..apakah sebabnya???..saya mula berfikir sejenak..Ahhhh!!..dalam hati saya pada waktu itu..saya x ambil endah sangat...naluri kecil ni berkata..aku lambat lagi masuk universiti..

tup2..masa sudah pantas berlalu..sekarang saya sudah pun ingin melangkah ke alam "degree"..sungguh tidak disangka..jikalau diizinkan Allah..mahu saja saya memutarkan balik masa supaya ingin belajar betul2 time spm..maklumlah..result spm tidak seberapa..x seperti yang diharapkan...tapi dari sudut positif..saya amat bersyukur..Alhamdulillah..apa pengajaran yang saya boleh ambil dari kisah seorang kawan saya ni..saya akan kongsikan bersama..insyaALLAH..

rakan saya seorang pelajar jurusan kejuruteraan a.k.a budak engineering..akan tetapi..selepas graduat..still x dapat2 lagi pekerjaan..walaupun sudah banyak kali pergi interview..tapi still xdek peluang..pendapat saya..mungkin ALLAH SWT mahu menguji dia..dari kisah nya..saya mula berfikir seketika..walaupun kita belajar tinggi2..x kiralah apa2 bidang pon..kenapa still x dpat kerja lagi kan..walaupun bidang yg kita ceburi tu adalah salah satu bidang yang profesional..so, pengajaran yang saya dapat daripdanya adalah :


1) Belajarlah sesuatu ilmu itu sedalam-dalamya... Janganlah hanya untuk lulus periksa sahaja. Pastikan segala yang kita belajar tu benar2 kita faham. Bukan apa..senang untuk menjawab soalan2 yang bakal ditanya apabila kita di'interview' ataupun semasa ingin menjawab soalan bertulis.

2) Ubahlah penampilan diri... Jangan hanya tahu belajar sahaja, tidak mahu menyertai apa2 aktiviti yang dijalankan oleh pihak universiti atau pihak kolej. Ramai yang pergi interview, tetapi tidak juga lepas.Bukan sebab tidak pandai,tapi x berketerampilan. Maklum saja lah, mana ade syarikat besar yg mahu pekerjanya seorang yang lemah da tidak ada daya saing kan??..

3) Bersedialah selalu...Sebelum pergi interview tu, buatlah preparation yang secukupnya..Jangan rasa diri ni 
dah ckup 'terror' walaupon CGPA yang kita perolehi mmg agak cemerlang..Masakan Allah SWT nak beri kepada kita sesuatu yang kita sendiri x usahakan untuk mendapatkanya bukan??..   

p/s: pesanan untuk diri ni yang serba serbi kekurangan..syukran kerana membaca..moga Allah SWT memberi manfaat daripda pembacaan saudara/saudari..InsyaALLAH..=)